Iklan

Sabah akan selesaikan hutang persatuan bola sepak negeri, kata Shafie

Jason Santos6 years ago27th Jan 2019Berita
Iklan

KERAJAAN Sabah akan menyelesaikan hutang terkumpul bernilai RM6 juta yang ditanggung Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), termasuk beberapa bulan gaji pemain negeri yang belum dibayar.

Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal berkata hutang tersebut akan diselesaikan dalam pembayaran berperingkat.

Beliau juga mempertahankan kesinambungan bidang sukan di negeri itu, dengan mengatakan pemain Sabah memiliki potensi untuk maju, walaupun terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit supaya sukan itu terus hidup.

“Jadi kami telah melantik pengurusan baru di Safa dan mereka akan bertanggungjawab mengawasi perbelanjaan. Kami tidak mahu lagi dana awam dibazirkan.

“Jutaan ringgit diberikan kepada Safa setiap tahun, walaupun (sebenarnya) saya boleh membelanjakan wang itu ke sektor lain dan mewujudkan peluang pekerjaan.

“Tetapi kita mesti terus beri kerana pemain kita mempunyai potensi untuk menjadi juara lagi,” kata Shafie, memetik era pemain hebat dari Sabah seperti James Wong dan Andrew Laban yang mewakili negeri dan pasukan kebangsaan.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan jersi baru pemain Sabah di sebuah hotel lima bintang di Kota Kinabalu hari ini.

Shafie yang juga merupakan penaung Safa tidak menjelaskan panjang lebar bagaimana Safa boleh menanggung hutang besar namun mengatakan kerajaan negeri akan menyiasat berhubung hutang berkenaan.

Difahamkan kebanyakan hutang-hutang tersebut disatukan daripada tunggakan gaji pemain yang sebilangan daripada mereka tidak dibayar gaji sejak lima bulan lau di samping sewa tempat pertandingan. – 26 Januari, 2019.

Iklan
Iklan