Iklan

Bekas naib pengerusi DAP meninggal dunia

Looi Sue-Chern6 years ago28th Jan 2019Berita
Zulkifli
Bekas naib pengerusi DAP kebangsaan Zulkifli Mohd Noor meninggal dunia pada pukul 1 pagi tadi.– Gambar Facebook, 28 Januari, 2019
Iklan

BEKAS naib pengerusi DAP kebangsaan Zulkifli Mohd Noor meninggal dunia hari ini.

Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung di Sungai Petani awal pagi ini, kata rakannya dari Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak.

“Sakit jantung…Saya dimaklumkan beliau meninggal pada pukul 1 pagi di sebuah hospital di Sungai Petani hari ini.

“Jenazah akan dibawa ke kampungnya di Pulau Pinang. Rumahnya di Taman Sahabat di Gertak Sanggul. Jenazah dijangka tiba jam 10.30 pagi.

“Saya tidak pasti mengenai urusan pengebumian,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Zulkifli, 71 merupakan bapa kepada dua anak lelaki dan seorang anak perempuan dan mempunyai lima orang cucu.

Beliau merupakan veteran DAP sejak 26 tahun lalu, yang berpengalaman dalam jatuh bangun bekas parti pembangkang itu. Beliau juga merupakan antara beberapa pemimpin Melayu dalam parti yang didominasi kaum Cina itu.

Selain memegang jawatan naib pengerusi, beliau juga pernah menyandang jawatan timbalan setiausaha agung parti berkenaan. – 28 Januari, 2019

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan