Iklan

Bersih cadang SPR beri taklimat pra pilihan raya

Christopher Rabin6 years ago31st Jan 2019Berita
Bersih tmi 03
Pengerusi Jawatankuasa Bersih 2.0 Thomas Fann berkata taklimat kepada calon dan ejen kempen ini diberi supaya kesalahan pilihan raya dapat dikurangkan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 31 Januari, 2019.
Iklan

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) perlu memberi taklimat pra pilihan raya kepada calon dan ejen kempen supaya kesalahan pilihan raya dapat dikurangkan, kata Bersih 2.0 hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bersih 2.0 Thomas Fann berkata walaupun SPR menunjukkan peningkatan, pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands baru-baru ini bagaimanapun merekod jumlah kesalahan tertinggi.

“Disebabkan ramai calon dan pasukan kempen mereka kurang pengetahuan serta pengalaman mengenai undang-undang dan kesalahan pilihan raya, SPR perlu memberi taklimat pra-pilihan raya berkenaan undang-undang dan kesalahan pilihan raya kepada calon.

“Saya rasa taklimat pendek akan membantu calon dan ejen mereka supaya kita dapat melihat penurunan kesalahan pilihan raya,” kata Fann pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Tambah beliau, SPR menunjukkan peningkatan termasuk dalam memeriksa kertas pencalonan calon, pengumuman awal keputusan tidak rasmi, siaran langsung proses kiraan undi serta mengeluarkan amaran dan membuat laporan polis bagi setiap kesalahan pilihan raya.

Fann turut mencadangkan supaya parti-parti politik dan SPR berbincang mengenai perkara yang tidak jelas yang boleh dikategorikan sebagai kesalahan pilihan raya atau tidak.

“Terdapat kesalahan pilihan raya yang jelas seperti rasuah, tetapi ada banyak perkara yang tidak jelas. Apakah itu penyalahgunaan sumber negeri? Bolehkah menteri berkempen menggunakan kenderaan kerajaan? Bolehkah mereka berkempen semasa waktu pejabat?” kata Fann. – 31 Januari, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan