Iklan

Najib dibenar jamin kerana Pakatan hormat undang-undang, kata timbalan menteri 

Jason Santos6 years ago2nd Feb 2019Berita
Parliament hanipa maidin 181018 tmiseth 17
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata, kerajaan menghormati prinsip anggapan tidak bersalah walaupun kepada musuh politik.– Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Februari, 2019
Iklan

WALAUPUN rakyat terdesak mahukan keadilan, Pakatan Harapan masih kekal komited untuk menegakkan undang-undang, walaupun terhadap musuh politiknya, kata Mohamed Hanipa Maidin yang menjelaskan mengapa bekas perdana menteri Najib Razak tidak dipenjara. 

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, tuduhan jenayah terhadap Najib perlu dibuktikan dahulu sebelum beliau boleh dipenjarakan. 

“Kami menghormati prinsip anggapan tidak bersalah, bahkan untuk lawan politik kita.

“Memandangkan kesalahan yang dia dituduh adalah boleh diikat jamin, dia berhak bebas atas jaminan jika dia mampu membayar wang jaminan dan memenuhi syaratnya.

“Jaminan hanya boleh dibatalkan jika dia melanggar syarat-syarat ini,” katanya, sambil menambah beliau telah diminta banyak kali kenapa Najib kekal seorang lelaki yang bebas walaupun dituduh mencuri berbilion-bilion ringgit. 

Hanipa berkata bahawa walaupun soalan-soalan ini adalah sah, proses perundangan harus dihormati.

Najib telah mendapat publisiti meluas sejak akhir-akhir ini walaupun berdepan banyak pertuduhan mahkamah. 

Sejak kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14, Najib berdepan dengan 42 pertuduhan jenayah berkaitan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB). – 2 Februari, 2019

Iklan
Iklan