Menteri nafi mahu jadikan suku Bugis dan Jawa sebagai Anak Negeri
Iklan
MENTERI Undang-undang dan Hal Ehwal Sabah, Aidi Moktar menafikan bahawa beliau menyeru agar orang Jawa dan Bugis diiktiraf sebagai Anak Negeri.
Aidi yang kini mendapat banyak kecaman susulan didakwa membuat cadangan itu ketika berkata ia keputusan mengenainya adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri bagi mengiktiraf etnik tersebut sebagai Anak Negeri.
“Saya tidak pernah mengatakan bahawa kerajaan akan mengiktiraf dua etnik ini; ia diserahkan kepada kerajaan negeri untuk dibincang,” katanya selepas beberapa laporan berita mengenai reaksi negatif terhadap kenyataan beliau itu.
Aidi berkata beliau berucap di sebuah majlis di Tawau di mana surat pelantikan diberi kepada ketua-ketua daerah Anak Negeri pada hari Jumaat.
Beliau berkata telah pun memberitahu pemberita selepas majlis tersebut bahawa beliau hanya menjelaskan status semasa Bugis dan Jawa, yang tidak boleh menjadi ketua daerah kerana mereka tidak diiktiraf.
“Ini adalah isu undang-undang yang diberitahu oleh kementerian supaya tidak asingkan orang bukan Anak Negeri,” katanya.
Isu tersebut timbul kerana terdapat cadangan untuk beberapa pimpinan masyarakat Jawa dan Bugis dilantik sebagai ketua daerah.
“Saya memberitahu rakyat untuk menunggu sehingga semua isu diselesaikan oleh Mahkamah Anak Negeri sebelum isu kepala daerah dari kalangan masyarakat Bugis dan masyarakat Jawa dapat diselesaikan,” tambah Aidi. – 2 Februari, 2019.