Iklan

Peguam jenayah terkemuka sertai pasukan dakwa Najib

The Malaysian Insight6 years ago4th Feb 2019Berita
Cameron highlands najib campaign 20190124 tmihasnoor 002
Najib Razak ketika berkempen sempena PRK Cameron Highlands bulan lalu. Perbicaraan beliau bakal bermula 12 Februari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Februari, 2019.
Iklan

PEGUAM jenayah terkemuka V Sithambaram akan menyertai pasukan kerajaan bagi kes pengubahan wang haram minggu depan terhadap Najib Razak, perbicaraan pertama perdana menteri itu sejak kejatuhannya.

Beliau dan Sulaiman Abdullah akan mengetuai pasukan daripada Jabatan Peguam Negara dalam perbicaraan SRC International, sumber memberitahu The Malaysian Insight.

Kes ini melibatkan dakwaan penyelewengan sebanyak RM89 juta daripada akaun bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.

Lebih 50 saksi bakal dibawa bagi membantu pendakwaan untuk menunjukkan bagaimana dana daripada SRC dipindahkan ke akaun peribadi Najib.

Penambahan pakar undang-undang kepada pasukan pendakwaan mencerminkan harapan yang tinggi terhadap kes SRC.

Jangkaan sabitan bagi perbicaraan ini seiring dengan liputan meluas terhadap skandal 1MDB dan dakwaan peranan Najib sebagai dalang bersama jutawan yang dilahirkan di Pulau Pinang, Low Taek Jho.

Di dalam fikiran rakyat Malaysia, penutupan semua skandal hanya diperoleh apabila pelakunya dipenjarakan.

Pentadbiran Dr Mahathir Mohamed juga menyedari desakan rakyat yang inginkan bekas perdana menteri dipenjarakan sejak beliau memutuskan menggunakan media untuk mendapatkan sokongan.

Suara ini semakin kuat sejak pilihan raya kecil di Cameron Highlands yang menyaksikan Najib menghabiskan banyak masa berkempen.

Perbicaraan SRC akan bermula pada 12 Februari dan akan berlangsung lebih dari 43 hari.

Selama bertahun-tahun, Sithambaram menggilap kebolehannya dengan bertindak sebagai peguam bela dalam banyak kes berprofil tinggi.

Beliau menjadi peguam Dr Mahathir apabila didakwa pada 2007 oleh Anwar Ibrahim kerana dituduh membuat kenyataan fitnah terhadapnya. – 4 Februari, 2019.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan