Pembangkang boleh kalahkan kerajaan Warisan, kata Ongkili
Iklan
GABUNGAN Bersatu Sabah (GBS) mampu bangkit dan mengalahkan blok yang diketuai oleh parti pemerintah Parti Warisan Sabah, kata presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Dr Maximus Ongkili.
Ongkili berkata pandangannya itu berdasarkan reaksi dari PBS dan bekas wakil rakyat Umno Sabah.
“Sehinggakan, bekas kumpulan dalam parti Umno Sabah memutuskan untuk menyertai parti, kumpulan GBS boleh jadi kuasa yang kuat untuk ambil alih kepimpinan Warisan.
“Dari reaksi di lapangan dan perbualan, kedua-dua bekas penyokong Umno Sabah dan PBS, orang Islam dan bukan Islam, (nampaknya) sokongan dari akar umbi terus kukuh,” katanya selepas menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina PBS di Kota Kinabalu, hari ini.
Ongkili berkata situasi sekarang baik untuk longgarkan penyertaan ke dalam GBS kerana kerajaan negeri yang dipimpin oleh Warisan gagal mentadbir dalam banyak aspek.
“Lihatlah kerajaan negeri sekarang, ada banyak yang tidak puas dengan janji yang tidak dikotakan.
“Rakyat akan bosan jika ini berterusan,” katanya.
Ongkili berkata kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sangat kukuh, dengan mengatakan kedua-dua blok politik itu kini saling membandingkan nota-nota Perjanjian Malaysia 1963.
“Pada ketika ini, apa yang saya boleh katakan adalah PBS sangat cemburu terhadap kerajaan Sarawak dalam mempertahankan haknya.
“Kami harap dapat bertemu dengan ahli parlimen GPS tidak lama lagi dan membincangkan bagaimana kedua-dua parti itu boleh bekerjasama,” katanya lagi. – 6 Februari, 2019.