Najib kembali ke mahkamah, berdepan 3 tuduhan ubah wang haram
Iklan
BEKAS perdana menteri Najib Razak berdepan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.
Tiga tuduhan itu ditarik balik oleh Peguam Negara Tommy Thomas semalam dari Mahkamah Tinggi bagi mengelakkan kelewatan perbicaraan Najib yang dijadualkan bermula minggu depan.
Najib menuntut perbicaraan terhadap tiga pertuduhan itu hari ini di depan hakim Azman Ahmad.
Dalam kenyataan di Facebook awal hari ini, Najib berkata pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di rumahnya pada pukul 9 malam malam tadi untuk memaklumkan kepadanya bahawa beliau diminta hadir di mahkamah sesyen pagi ini untuk dikenakan pertuduhan. – 8 Februari, 2019.
Berita penuh di sini.