Iklan

Kembalikan hak Sabah lebih penting dari politik, kata Anifah Aman

Jason Santos6 years ago10th Feb 2019Berita
Anifah jason pic 100219  full
Anifah Aman ketika pertemuan bersama rakan media sosial di Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight, 10 Februari, 2019.
Iklan

SEJAK belalakangan ini Anifah Aman mempunyai lebih banyak masa untuk keluarga dan rakan-rakan selepas puas menjelajah seluruh dunia memperjuangkan kepentingan Malaysia selaku menteri luar.

Walaupun Ahli Parlimen Kimani situ dilihat semakin kurang bercakap berkenaan hal ehwal dunia, namun semangatnya untuk mempertahankan hak Sabah yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih tidak luntur.

Anifah berkata, buat masa ini dia bertindak berdiam diri selepas keluar daripada Umno September lalu.

“Cukup untuk politik sekarang. Mungkin untuk masa akan datang atau bila tiba waktunya. Saya akan beritahu bila waktu yang tepat,” katanya selepas pertemuannya dengan rakan media sosial, Jumaat lepas.

Ahli politik berusia 65 tahun itu berkata, banyak masanya kini dihabiskan untuk tiga anaknya, 10 cucu dan rakan-rakan.

“Tolong ya, ahli politik tak suka kehidupan peribadi kita jadi tontonan umum,” katanya.

Tambahnya, dia tidak mahu terlalu bimbang akan masa depannya, dia lebih suka bercakap tentang usahanya untuk mendapatkan lebih banyak hak Sabah di bawah MA63.

“Itu yang saya harapkan daripada kerajaan Pakatan Harapan sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, pindaan perlembagaan pada 1970-an menurunkan status Sabah dan Sarawak sebagai negeri bersekutu dengan negeri lain di Malaysia.

“Satu-satunya kebimbangan saya sekarang ialah masa depan anak-anak kita.

“Sudah tiba masa kita berjuang untuk kembalikan hak Sabah,” kata Anifah.

Anifah turut melahirkan kebimbangan arahan Parti Warisan Sabah dalam menuntut hak negeri dan kecewa dengan kerajaan sekarang yang mengabaikan pencapaian mereka dalam MA63.

Anifah pengasas kumpulan MySabah yang merupakan gerakan sivil terdiri daripada individu dari seluruh parti politik bagi mengkaji semula perjanjian tersebut. – 10 Februari, 2019.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan