Iklan

Sabah bersedia bantu rakyat yang ditahan di Kemboja

Jason Santos6 years ago10th Feb 2019Berita
Parliament shafie apdal 181018 tmiseth 19
Mohd Shafie Apdal akan cuba kenal pasti bentuk pertolongan yang boleh disalurkan kepada penduduk Sabah yang ditahan di Kemboja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Februari, 2019
Iklan

BANTUAN akan dipanjangkan untuk rakyat Sabah yang kini ditahan oleh pihak berkuasa Cambodia termasuk untuk membawa semula mereka ke pulang ke sini, kata Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal.

“Kita akan cuba kenal pasti. Jika mereka memerlukan pertolongan, kami akan bawa mereka pulang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Kota Kinabalu, hari ini.

Semalam dilaporkan seramai 47 rakyat Malaysia kebanyakkannya penduduk Sabah dan Sarawak ditahan pihak berkuasa Cambodia kerana disyaki menjalankan operasi perjudian haram di sana.

Pada awalnya kesemua mereka yang ditahan ditawarkan pekerjaan bergaji lumayan di negara terbabit, namun terjebak dengan agensi pengambil pekerja yang terbabit dalam sindiket penyeludupan manusia.

Kesemua mereka berada di dalam penjara sejak 11 Disember di Poipet, Banteay Mancheay di pinggir Phnom Penh.

Dilaporkan seramai 44 rakyat Malaysia yang ditahan itu berasal dari Sarawak.

Bilangan penduduk dari Sabah yang ditahan tidak dapat dipastikan buat masa ini.

Shafie berkata, kerajaan negeri akan menghubungi Kementerian Luar mengenai keadaan mereka yang ditahan di Kemboja.

“Dari sana kita akan melihat bagaimana cara terbaik untuk bawa mereka pulang kembali ke Sabah,” katanya.  – 10 Februari, 2019.

Iklan
Iklan