Iklan

Status sama rata Sabah, Sarawak sudah termaktub dalam Perlembagaan, kata Shafie

Jason Santos6 years ago10th Feb 2019Berita
Shafie apdal tmi 01
Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya hanya perlu membuat keputusan untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak sebagai sama dengan Persekutuan Malaysia.– Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Februari, 2019
Iklan

TIDAK perlu untuk Parlimen menbuat undian bagi menyamakan status Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia, kata Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal. 

Ini kerana status dua negeri Malaysia timur itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara ini telah dibincangkan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam jawatankuasa pemandu yang mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963.

“Kami hanya perlu membuat keputusan untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak sebagai sama dengan Persekutuan Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perayaan Tahun Baru Cina Tanjung Aru di Kota Kinabalu, hari ini.

Shafie berkata ini sebagai mengulas kenyataan menteri undang-undang Liew Vui Keong bahawa cadangan untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak akan dibuat apabila Parlimen diadakan pada bulan Mac.

Pada 16 Sept tahun lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, dalam mengiktiraf status khas Negeri Borneo, mengumumkan bahawa langkah pertama untuk memulihkan haknya adalah untuk kembali kepada status Sabah dan Sarawak sebagai sama dengan Persekutuan Tanah Melayu, pada pembentukan Malaysia pada tahun 1963.– 10 Februari, 2019

Iklan
Iklan