Iklan

Kontraktor Bukit Kukus yang disenarai hitam dibenar selesaikan projek

Looi Sue-Chern6 years ago13th Feb 2019Berita
Loh 2109
Timbalan Ketua Menteri I Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, yang mengetuai jawatankuasa khas negeri menyiasat kemalangan Bukit Kukus, berkata kerajaan negeri memutuskan untuk membenarkan Yuta Maju meneruskan kerja. – Gambar The Malaysian Insight oleh David STLoh, 13 Februari, 2019.
Iklan

WALAUPUN disenaraihitamkan oleh pihak berkuasa Pulau Pinang susulan kemalangan di Bukit Kukus, kontraktor Yuta Maju Sdn Bhd dibenarkan meneruskan kerja di tapak pembinaan.

Sebanyak 25% kerja di atas jalan berkembar di kawasan berbukit Paya Terubong akan siap pada Mei tahun depan.

Penyiapan projek, yang pada awalnya dijadualkan bulan lalu, tertangguh oleh beberapa faktor, termasuk arahan pemberhentian kerja selepas dua kejadian di lokasi pada Oktober tahun lalu.

Insiden pertama, beberapa alang binaan secara tidak sengaja dilanggar seorang pekerja yang mengendalikan kren, menyebabkan arahan henti kerja oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) pada 17 Oktober.

Kejadian kedua adalah tanah runtuh di bahagian lain projek jalan raya, yang mengorbankan sembilan nyawa warga asing.

Firma disenarai hitam terus beroperasi

Timbalan Ketua Menteri I Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, yang mengetuai jawatankuasa khas negeri menyiasat kemalangan Bukit Kukus, berkata Majlis Bandar Pulau Pulau Pinang (MBPP), yang memiliki projek itu, memutuskan untuk membenarkan Yuta Maju meneruskan kerja.

Beliau berkata selain dua insiden yang mana kontraktor itu bertanggungjawab, firma itu melakukan kerja yang boleh diterima.

“Itulah sebabnya majlis membuat keputusan menamatkan kontrak dengan Yuta Maju, tetapi membenarkan firma itu meneruskan kerja bagi projek jalan raya,” katanya pada sidang akhbar di Komtar hari ini.

Beliau berkata Yuta Maju dipilih menerusi tender terbuka untuk membina projek itu selepas menyerahkan tawaran terbaik.

Beliau juga berkata firma itu mempunyai rekod yang baik dan mempunyai pengalaman membina projek di Kuala Lumpur.

Zakiyuddin, seorang jurutera awam dengan latihan, berkata pelantikan kontraktor baru akan mengambil masa, menyebabkan kelewatan lebih lama sedangkan kerja perlu dilakukan dengan pantas untuk merawat bukit yang terjejas untuk memastikan insiden sama tidak berlaku.

“Risiko boleh menjadi lebih besar. Oleh itu kerajaan merasakan keputusan MBPP untuk mengekalkan kontraktor dapat diterima.

“Keutamaan sekarang ialah MBPP meningkatkan pengurusan tapaknya untuk projek ini dan menyusun semula pasukannya untuk memantau dan mengawasi kerja pembinaan,” katanya. – 13 Februari, 2019.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan