Iklan

Tindakan diambil selepas terima laporan Dosh berhubung insiden Bukit Kukus 

Looi Sue-Chern6 years ago14th Feb 2019Berita
Chow kon yeow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri tidak akan berhenti begitu sahaja berhubung insiden tanah runtuh yang meragut 9 nyawa di Bukit Kukus.– Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 14 Februari, 2019
Iklan

KERAJAAN Pulau Pinang menunggu laporan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) berhubung kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus yang mengorbankan sembilan pekerja warga asing Oktober lalu.

Ketua menteri Chow Kon Yeow berkata, sebaik sahaja laporan itu diterima, kerajaan negeri akan mempertimbangkan tindakan yang akan diambil.

Kenyataannya itu susulan kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (Cap) yang menggesa kerajaan negeri untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap insiden itu yang berlaku di tapak pembinaan jalan raya di Paya Terubong.

Semalam, jawatankuasa khas yang menyiasat tragedi itu berkata, pihak yang bertanggungjawab adalah kontraktor Yuta Maju Sdn Bhd, perunding Jurutera Perunding GEA (M) Sdn Bhd dan jurutera pemeriksa bebas (ICE) G&P Professional Sdn Bhd.

Jawatankuasa itu berkata Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), yang memiliki projek jalan berkembar itu, juga dipertanggungjawab sebagai penguatkuasa untuk menyelia, memantau dan merekodkan kemajuan kerja di tapak berkenaan, walaupun ia melantik jurutera perunding untuk memantau projek berkenaan.

Jawatankuasa itu berkata, MBPP memutuskan untuk mengekalkan perkhidmatan Yuta Maju bagi baki 25% projek berkenaan, tetapi syarikat itu, dan juga GEA dan G&P, akan disenaraihitamkan oleh pihak majliss dan agensi negeri lain untuk projek akan datang.

Presiden Cap S.M. Mohamed Idris berkata terdapat kebimbangan bahawa selain disenarai hitam, tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab, termasuk MBPP.

“Khususnya, kita ingin tahu apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri terhadap MBPP kerana kegagalannya bertindak.

“Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan Datuk Bandar dan pegawai-pegawai lain memikul tanggungjawab mereka dan membatalkan  tugas kerana gagal mengawasi projek itu.

“Ini bukan kejadian mudah, kerana sembilan orang terbunuh. Tindakan tegas mesti diambil terhadap MBPP, termasuk tindakan tatatertib terhadap Datuk Bandar dan pegawai yang bertanggungjawab.”

Chow berkata kerajaan akan bertindak hanya selepas menerima laporan Dosh.

“Kami tidak mengatakan exco negeri berhenti di sini. Kami sedang menunggu laporan, dan akan mengambil tindakan yang diperlukan selepas itu.

“Hanya kita belum mencapai tahap mengambil tindakan secara dalaman. Buat masa sekarang, kami menggantung kontraktor, perunding dan ICE yang bertanggungjawab.” – 14 Februari, 2019

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan