Iklan

Bersatu masuk Sabah, Leiking minta Warisan bertenang

Jason Santos6 years ago16th Feb 2019Berita
Darell4
Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking meminta semua ahli Warisan bertenang dan tunggu kenyataan daripada Presiden, Mohd Shafie Apdal. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 16 Februari, 2019.
Iklan

TIMBALAN Presiden Warisan Darell Leiking meminta semua ahli bertenang mengenai Bersatu akan membuka cawangan di Sabah, berkata presiden parti itu kini sedang “sibuk menyelamatkan Sabah dari tangan-tangan jahat”.

Kewujudan Bersatu di Sabah dikatakan akan menarik bekas-bekas pempimpin Umno di negeri itu.

“Buat masa ini, kita mahu semua ahli Warisan bertenang dan tunggu kenyataan presiden mengenai apa yang berlaku dalam tempoh 24 jam lalu.

“Saya percaya presiden akan memberi respons sewajarnya esok,” kata Leiking, merujuk kepada Mohd Shafie Apdal yang juga ketua menteri Sabah.

Leiking yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, kemasukan Bersatu ke Sabah tidak akan menjejaskan Kabinet negeri.

“Jawatan saya dalam Kabinet Persekutuan terpulang kepada perdana menteri, jadi saya rasa jawatan Kabinet di Sabah juga di bawah hak mutlak ketua menteri,” katanya ketika ditemui pada satu majlis di Kota Kinabalu hari ini.

Ahli Parlimen Penampang itu dijangka akan bertemu Shafie hari ini.

Ahli-ahli Warisan kini sedang menunggu kenyataan Shafie untuk membantah pengumuman Dr Mahathir semalam mengenai pembukaan cawangan parti itu di Sabah.

Perkembangan terkini itu mencetuskan kemarahan akar umbi Warisan, PKR dan DAP di Sabah kerana ia dilihat sebagai satu usaha untuk melemahkan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Warisan.

Leiking berkata bekas-bekas wakil rakyat Umno yang mahu menyertai Bersatu cuba mencari jalan untuk kembali berkuasa. Beliau juga berharap Bersatu akan berpegang kepada dasarnya untuk tidak memberi jawatan dalam kerajaan dan pimpinan parti. – 16 Februari, 2019.

Iklan
Iklan