Iklan

Isu kemasukan Bersatu, DAP Sabah 100% sokong Shafie Apdal

Jason Santos6 years ago17th Feb 2019Berita
 imj7256
Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong mengulas isu kemasukan Bersatu ke Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Februari, 2019.
Iklan

DAP Sabah menyokong sepenuhnya sebarang keputusan atau tindakan Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berhubung kemasukan Bersatu ke negeri itu, kata Stephen Wong.  

Pengerusi DAP Sabah itu berkata parti itu tidak akan membiarkan tindakan Bersatu menerima ahli Parlimen bekas Umno dengan menyebarkan sayap ke negeri Borneo itu.

“Kita 100% di belakang Shafie Apdal berhubung apa saja keputusan yang beliau ambil terhadap kemasukan Bersatu.

“Jika Bersatu datang ke Sabah, ia menjadi jalan sehala atau cara lain yang menjejaskan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Warisan pada masa ini.

“Saya tidak pasti bagaimana kemasukan Bersatu akan bekerjasama dengan kita dalam parti pemerintah,” kata Wong.

Wong berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina anjuran DAP Sabah Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin, Ketua Wanita DAP Sabah Jannie Lasimbang dan beberapa ahli Parlimen dari DAP Sabah.

Penasihat DAP Lim Kit Siang turut hadir pada majlis rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina anjuran DAP Sabah Kota Kinabalu hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Februari, 2019.

Tidak dapat dipastikan bagaimana Bersatu akan menubuhkan partinya di Sabah tetapi parti itu dipercayai akan menggunakan khidmat bekas pemimpin Umno Sabah yang diketuai Hajiji Mohd Noor selepas mereka meninggalkan parti itu pada 12 Disember tahun lalu.

Bukan lagi rahsia apabila bekas pemimpin Umno itu cuba menjemput Bersatu ke Sabah sejak tahun lalu, usaha yang dilakukan bersama Pesiden Parti Harapan Rakyat Sabah Lajim Ukin.

Bagaimanapun Wong percaya Parti Warisan dan Shafie perlu diberi peluang untuk mentadbir negeri dan meletakkan kepentingan hal ehwal negeri.

“Saya tahu Shafie berkhidmat dengan baik dan kita semua tahu kemampuan ketua menteri untuk mengendalikan semua isu di Sabah,” kata Wong sambil menegaskan tiada keperluan untuk Bersatu datang ke Sabah.

Sementera itu, Lim mengulangi kenyataannya di Sandakan sebelum ini bahawa beliau hanya akan menyatakan pendirian DAP berhubung is Bersatu selepas Shafie membuat keputusan.

Shafie dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu hari ini. Beliau kini mengadakan lawatan kerja di Tawau. – 17 Februari, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan