Parti negeri di Sabah tidak akan dapat memenuhi MA63
Iklan
PERJUANGAN negeri yang membawa kepada penubuhan banyak parti lain seperti Warisan kini seperti waktu dahulu dengan kemasukan Bersatu ke Sabah, kata Presiden Harapan Rakyat Lajim Ukin.
Beliau berkata, landskap politik di Sabah begitu lemah walaupun sentimen Sabah untuk rakyatnya boleh berubah dalam masa semalaman sahaja.
Perkara sama boleh berlaku dengan populariti parti yang berpengkalan di Sabah yang menurutnya tidak pernah berjaya dalam memenuhi Perjanjian Malaysia 1963 yang dimeterai selepas 55 tahun sejak pembentukan Malaysia.
“Ingatlah dalam hal politik semuanya boleh berubah dalam 24 jam.
“Beritahu saya pihak mana yang pernah berjaya mendapatkan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963?” katanya.
Tambahnya, pada 1990-an Parti Bersatu Sabah (PBS) cuba melakukannya tetapi lihatlah di mana mereka berada sekarang.
“Pernahkah mereka berjaya selepas melawan kerajaan?” katanya selepas mengumumkan rancangannya untuk membubarkan partinya sekiranya Bersatu bertapak di Sabah.
“Kami akan terus bersuara atas hak negeri,” katanya.
Lajim berkata, Bersatu tidak akan menjadi seperti Umno di mana kesemua keputusan kerajaan terpaksa mendapat kelulusan pemimpin tertinggi.
Apabila ditanya sama ada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad masih menghormati autonomi itu, Lajim memberi jaminan pemimpin berusia 94 tahun itu akan menghormati janji Pakatan Harapan kerana pemimpin itu sudah berubah. – Bernama, 17 Februari, 2019.