Shafie bertemu duta Filipina berhubung konflik Bangsamoro
Iklan
KETUA Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal merancang bertemu dengan Duta Filipina tidak lama lagi bagi membangkitkan kebimbangan Sabah berkenaan ancaman keselamatan di selatan Filipina yang mungkin tersasar ke Sabah.
Katanya, beliau tidak mengambil ringan acaman ini memandangkan serangan bom berkaitan dengan kumpulan yang menolak penubuhan Wilayah Autonomi Bangsamoro.
“Kami akan melakukan di tahap terbaik dan sebagai pengerusi Majlis Keselamatan Negara kami mengadakan beberapa mesyuarat berkenaan keselamatan. Pada masa ini tidak ada sebab untuk bimbang.
“Kami sudah berdepan masalah ini sejak tahun 70-an semasa Filipina di bawah pemerintahan Ferdinand Marcos.
“Kami tidak ambil mudah perkara ini dan akan terus menhentikan sebarang ancaman terutamanya dari selatan Filipina,” katanya selepas menghadiri majis penyerahan anugerah kepada pegawai polis yang berkhidmat semasa pencerobohan Tanduo enam tahun lalu.
Turut hadir Ketua Polis Sabah Omar Mammah dan Ketua Polis Negara Fuzi Harun.
Beribu-ribu orang terbunuh dan cedera dalam tragedi pengeboman terhadap Katedral Bunda Maria di Gunung Karmel di Sulu Filipina pada 27 Januari lalu.
Serangan maut itu berlaku tidak lama selepas penduduk Filipina dan pemimpin mereka memilih untuk menolak Undang-undang Organik Bangsamoro yang bersifat kontroversial dalam referendum 21 Januari.
Fuzi ketika ditanya mengenai keadaan terkini berkata, pantai timur Sabah masih terkawal.
“Kami sedang memantau keadaan di Selatan Filipina.
“Kami juga sedang berhubung dengan Kerajaan Sabah dan rakan sejawat di Filipina untuk memastikan ancaman keselamatan terkandung,” katanya.
Terdahulu Shafie menyampaikan anugerah kepada lebih 900 anggota polis di Sabah yang berkhidmat semasa pencerobohan berdarah Tanduo pada 2013. – 18 Februari, 2019.