Iklan

Bersatu bukan mahu ancam Warisan, kata Muhyiddin

Christopher RabinAsila Jalil6 years ago18th Feb 2019Berita
Muhyiddin yassin 180219 tmiseth 02
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin ketika bertemu pengundi DUN Semenyih di Beranang hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Februari, 2019.
Iklan

BERSATU masuk Sabah bukan untuk bersaing dengan Warisan, tetapi untuk mengukuhkan parti itu dan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu, kata Presidennya, Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Presiden Warisan dan Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal yang menerima Bersatu ke Sabah.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada beliau (Shafie) kerana tidak menghalang… bagi kita, kita berhak untuk berada di Sabah.

“Kita di sana bukan untuk ancam Warisan. Sebaliknya, mahu kuatkan Pakatan dan kerajaan Warisan,” beliau memberitahu pemberita selepas acara meet-and-greet dengan pengundi Semenyih di Beranang hari ini.

Menteri dalam negeri itu juga berkata ahli berpotensi sedang disaring memandangkan semakin ramai mahu menyertai Bersatu.

“Kita sudah menyemak latar belakang beberapa pemimpin yang menyatakan kesediaan untuk menjadi ahli Bersatu. Mereka ini bekas ahli Parlimen, wakil rakyat dan ketua bahagian Umno,” katanya.

Muhyiddin juga menyampaikan nasihat Presiden PKR Anwar Ibrahim supaya kedua-dua parti sama-sama berbincang untuk mengelakkan ketegangan atau salah faham. – 18 Februari, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan