Iklan

Anita mesti kosongkan kerusi Tandek, kata PBS

Jason Santos6 years ago6th Mar 2019Berita
Iklan

PARTI Bersatu Sabah (PBS) hari ini menggesa Anita Baranting mengosongkan kerusi Tandek yang diwakilinya selepas meninggalkan parti itu hari ini bagi menyertai Warisan.

Presiden PBS, Maximus Ongkili, yang menyatakan kekecewaan terhadap keputusan Baranting, berkata bekas pemimpin wanita PBS itu harus menghadapi pilihan raya semula.

“Dia keluar tanpa sebarang isyarat tidak puas hati tentang apa-apa dalam parti, dan putuskan untuk melompat parti dan menyertai kelab politik katak.

“Itu bukan cara terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan pengundi Tandek. itu bukan cara untuk terhormat meninggalkan legasi khidmat beliau di kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata tindakan yang betul bagi wakil rakyat PBS yang mahu keluar parti harus mengosongkan kerusi mereka, kerana itu akan menjadi hal yang cocok untuk mereka yang memutuskan untuk meninggalkan parti.

“Inilah cara yang bermaruah untuk khidmat kepada rakyat. Kami menggesa beliau untuk mematuhi amalan integriti ini. “

Menunjukkan kekecewaan yang mendalam terhadap Baranting yang mengambil keputusan keluar dari PBS, Ongkili berkata parti itu telah melatih beliau selama bertahun-tahun untuk menjadi pemimpin wanita yang menjadi model integriti.

“Dia diberi peluang untuk menjadi calon PBS dan Barisan Nasional sebanyak tiga kali, dan dengan kekuatan akar umbi parti di Tandek, dia memenangi kerusi itu tiga kali.

“PBS juga memilih beliau untuk menjadi naib presiden parti dan ketua sayap wanita sejak empat tahun lalu supaya dia dapat melatih dan menjadi mentor pemimpin wanita.

“Semasa dalam kerajaan BN, PBS memberi peluang kepada beliau sebagai pembantu menteri dan kemudian menteri penuh dalam kabinet jangka pendek Musa Aman.

“Ini adalah keistimewaan yang tidak dinikmati oleh ramai ahli dalam parti, yang membuktikan bahawa PBS memberi perhatian yang sangat baik terhadapnya, yang mana dia harus berterima kasih,” kata Ongkili.

Beliau turut berkata bahawa sangat sayang sekali apabila Baranting memilih untuk meninggalkan perkhidmatannya dengan cara “paling tidak berprinsip”.

Ongkili menyatakan bahawa kerusi Tandek adalah kubu kukuh PBS, dan menjelaskan bahawa parti itu telah berkhidmat kepada akar umbi di kawasan itu sejak penubuhannya pada tahun 1985, ia memenangi kerusi dalam semua pilihan raya negeri sejak itu.

“PBS akan memenangi kerusi itu pada bila-bila masa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil diadakan. Terdapat lelaki dan wanita muda berpendidikan, terutama dari masyarakat Kimaragang, yang bersedia menggantikan dia,” katanya. – 6 Mac, 2019.

Iklan
Iklan