Iklan

Hanya Muhyiddin tahu siapa Ketua Bersatu Sabah, kata Lajim

Jason Santos6 years ago12th Mar 2019Berita
Lajim ukin feb 17 2019  full
Lajim Ukin berkata Ketua Bersatu Sabah akan diumumkan oleh Muhyiddin Yassin pada 6 April apabila Dr Mahathir Mohamad melancarkan unit parti negeri itu. - Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Mac, 2019.
Iklan

Hanya Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tahu siapa yang akan Ketua Bersatu Sabah, kata Lajim Ukin menjawab spekulasi mengenai siapa yang akan memimpin parti di Sabah.

Pemimpin Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) itu berharap pengumuman Ketua Bersatu Sabah akan dibuat oleh Muhyiddin pada 6 April apabila Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad melancarkan unit parti itu di negeri ini.

“Sudah tentu saya akan melakukan yang terbaik jika saya dipilih. Saya rasa saya memenuhi kriteria lebih-lebih lagi saya juga Ketua PKR Sabah,” katanya

Lajim, 63, memulakan kerjaya politiknya bersama Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1985.

Beliau kemudian menyertai Umno Sabah pada 1994 dan akhirnya meninggalkan parti itu untuk membentuk Harapan.

Beliau dinamakan sebagai ketua di PKR Sabah selepas memenangi kerusi DUN Klias pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Lajim dalam rancangan membubarkan Harapan untuk membawa Bersatu memasuki Sabah dan berjanji untuk membawa 64,000 anggota partinya menyertai Bersatu.

Partinya tidak memenangi satu kerusi pun pada PRU14.

Ketua Perhubungan Umno Sabah merangkap Ketua DUN Sulaman Hajiji Mohd Nor juga dicalon untuk jawatan Ketua Bersatu Sabah.

Hajiji yang mengetuai sembilan wakil rakyat, lima ahli Parlimen, dua senator dan 21 ketua bahagian Umno pada 12 Disember tahun lepas untuk menyertai Bersatu. – 12 Mac, 2019

Iklan
Iklan