Iklan

Kenapa tergesa-gesa mahu bantu warga asing, soal Kitingan

Jason Santos6 years ago14th Mar 2019Berita
Jeffrey kitingan 141018
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Jeffrey Kitingan membantah cadangan Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal untuk beri kerakyatan kepada kanak-kanak kelahiran Sabah yang kini dikategorikan sebagai warga asing, sekiranya salah seorang ibu atau bapa mereka adalah rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Mac, 2019.
Iklan

ISU pemegang MyKad meragukan perlu ditangani terlebih dahulu sebelum masalah kanak-kanak tanpa kerakyatan diselesaikan, kata Presiden Parti Solidariti Tanah Airku, Jeffrey Kitingan.

Beliau berkata kemungkinan terdapat ribuan orang di Sabah mendapat MyKad secara haram.

“Solidariti membantah cadangan Ketua Menteri (Mohd Shafie Apdal) untuk beri kerakyatan kepada kanak-kanak kelahiran Sabah yang kini dikategorikan sebagai warga asing, sekiranya salah seorang ibu atau bapa mereka adalah rakyat Malaysia.

“Potensi berlakunya salah guna melalui cara itu sangat besar, dan akan memburukkan lagi keadaan bagi penduduk peribumi Sabah.”

Jeffrey berkata beliau menerima banyak mesej dari orang ramai berkenaan rancangan kerajaan negeri itu.

Semalam, Bernama melaporkan Shafie dipetik berkata kanak-kanak yang lahir di Sabah dan dikategorikan sebagai warga asing walaupun seorang daripada ibu bapa mereka adalah orang tempatan, akan diberi bantuan menerusi program pemutihan agar masa depan mereka lebih terjamin.

Beliau berkata nilai perikemanusiaan yang tinggi menjadi asas kepada kerajaan pimpinannya membantu golongan tersebut kerana mereka berhak mendapat masa depan yang lebih cerah.

“Kenapa ketua menteri jadikan ia keutamaan, dan jelas sekali ianya tergesa-gesa untuk dicapai dalam masa yang singkat?” katanya. – 14 Mac, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan