Iklan

PM akan lihat sendiri isu perhimpunan Hari Wanita Sedunia

Asila Jalil6 years ago17th Mar 2019Berita
Mahathir mohamad sepang 170319 tmiseth 02
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad secara peribadi akan melihat sendiri kontroversi perarakan Hari Wanita Sedunia termasuk siasatan polis terhadap pihak penganjur, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. - Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 17 Mac, 2019.
Iklan

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad secara peribadi akan melihat sendiri kontroversi perarakan Hari Wanita Sedunia termasuk siasatan polis terhadap pihak penganjur, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini.

“Selepas mesyuarat kabinet terakhir, Dr Mahathir akan melihat kes ini,” katanya kepada pemberita di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.  

Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata polis sudah memulakan siasatan terhadap aktivis yang terlibat dalam perhimpunan mempertahankan hak-hak golongan LGBT.  

Muhyiddin berkata, penganjur Hari Wanita Sedunia itu tidak mempunyai permit untuk melakukan perhimpunan.

Ketika perhimpunan itu, beberapa kumpulan menaikkan poster slogan pro-LGBT dan mendapat kritikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa.

Mujahid berkata, kerajaan tegas dalam menentang golongan LGBT. – 17 Mac, 2019.

MENYUSUL

Iklan
Iklan