Iklan

Adib bukan cedera akibat parang

Timothy Achariam6 years ago26th Mar 2019Berita
Muhammad adib mohd kassim seafield sri maha mariamman temple coroners court 05  full
Pakar patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Ahmad Hafizam Hasmi mengatakan tidak mungkin parang digunakan sehingga menyebabkan Mohd Adib patah tujuh tulang rusuk. - Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 26 Mac, 2019.
Iklan

PAKAR patologi memberitahu mahkamah koroner hari ini bahawa mustahil kecederaan dialami Mohd Adib Mohd Kassim disebabkan parang.

Dr Ahmad Hafizam Hasmi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, mustahil parang digunakan sehingga menyebabkan anggota bomba itu patah tujuh tulang rusuk.

“Kemungkinan tujuh tulang rusuk patah itu disebabkan parang adalah mustahil,” katanya kepada koroner Rofiah Mohamad.  

Dr Hafizam yang merupakan saksi ke-24 dalam inkues kematian Adib berkata, sekiranya anggota bomba itu dipukul menggunakan belakang parang, ia pasti meninggalkan kesan calar di badannya.

“Saya tidak nampak apa-apa calar pada bahagian belakang mangsa,” katanya kepada mahkamah.

Beliau berkata, seseorang yang menggunakan parang perlu tenaga yang kuat untuk menimbulkan kecederaan yang diterima Adib.

“Tetapi dalam kes ini, mangsa mesti berada dalam kedudukan berdiri dan objek (yang memukul belakang Adib) juga tegak.

“Untuk seseorang memukul menggunakan objek dengan kuat tidak akan menghasilkan kesan semasa (seperti yang dilihat pada belakang Adib),” katanya.

Malah katanya, tidak masuk akal Adib ditarik keluar dari kenderaan itu kerana badan mangsa tidak menunjukkan dia ditarik.

“Berdasarkan kenyataan saya dan bedah siasat, tidak dapat disimpulkan bahawa Adib ditarik. Malah kecederaan di sebelah kirinya juga tidak menunjukkan seperti ditarik orang.

“Jika seseorang ditarik dengan kasar, mesti ada kesan cengkaman tetapi dalam kes ini tidak terdapat tanda pada sebelah kiri badannya,” katanya.

Namun dia mengatakan bahawa jika kemeja mangsa ditarik, maka tidak ada kecederaan dapat dilihat.

Dr Hafizam terus dipersoalkan oleh peguam sebelum mahkamah memutuskan berehat untuk makan tengahari.

Dia dipersoalkan oleh peguam keluarga Adib, Kamarulzaman A Wahab dan Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Mereka menunjukkan kepadanya video malam itu yang direkod oleh polis.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa berdasarkan perbincangan semula polis malam itu,

Tambahnya, berdasarkan pemeriksaan selepas bedah siasat, tidak ada luka defensive pada anggota badan Adib yang menunjukkan ada percubaan untuk melindungi dirinya dari dipukul.

Dr Hafizam akan menyambung keterangannya pada Khamis ini.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.      

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lepas di Institut Jantung Negara (IJN). – 26 Mac, 2019.

Iklan
Iklan