Muhyiddin gesa semua pihak jangan buat andaian melulu kes Adib
Iklan
SEMUA pihak perlu menunggu laporan akhir dan hasil inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Kassim dan tidak melulu membuat kesimpulan berdasarkan kenyataan saksi, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata banyak kenyataan diambil daripada saksi, tetapi menggesa orang ramai bersabar menunggu laporan akhir inkues itu.
“Tidak boleh buat andaian sehingga inkues and koroner yang membuat siasatan selesai dan membuat keputusan.
“Jadi kita tidak boleh pre-empt. Jangan buat andaian.”
Muhyiddin berkata “laporan dan keputusan profesional” akan dibuat pada akhir inkues.
“Tiada khabar angin atau andaian, sebab itulah kami melakukan ini dan tidak berdasarkan pada hasil awal, yang boleh dipertikaikan,” katanya.
Inkues yang sedang berlangsung di Mahkamah Koroner di Shah Alam, adalah untuk menentukan kematian Adib.
Adib adalah sebahagian daripada pasukan respons yang dihantar dari stesen bomba dan penyelamat Subang Jaya pada 27 November 2018, ke kawasan kuil Seafield Hindu selepas menerima panggilan kereta dibakar dalam rusuhan.
Beliau mengalami kecederaan semasa rusuhan dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 17 Disember. – 28 Mac, 2019.