Rantau mungkin kubu kuat BN tapi Streram seorang pejuang, kata TPM
Iklan
SUKAR untuk menawan Rantau kerana ia merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), tetapi Pakatan Harapan yakin calonnya Dr S Streram mampu mencipta kejutan, kata Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ketika berucap di hadapan penyokong Pakatan pada kempen di Kampung Sri Lalang di Rantau, timbalan perdana menteri memuji semangat juang Streram yang mungkin sudah berputus asa selepas beliau dilarang bertanding pilihan raya umum lalu.
“Beliau (Streram) mungkin menyerah kalah pada PRU14, tetapi beliau mempunyai semangat melawan dan mencabar (keputusan PRU14).
“Bekas menteri besar (Mohamad Hasan) tidak dicabar pada PRU14, dan kali ini kami di sini,” katanya.
Pada PRU14 tahun lalu, Timbalan Presiden Umno Mohamad menang tanpa bertanding selepas Streram dihalang oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menghantar kertas pencalonan.
Streram membawa kes itu ke mahkamah pilihan raya yang kemudiannya membatalkan kemenangan Mohamad, sekali gus pilihan raya kecil diadakan semula di Rantau pada 13 April ini.
Kedua-dua calon itu, Mohamad dan Streram akan bersemuka sekali lagi, dan berdepan saingan dua lagi calon bebas.
Wan Azizah mengakui Mohamad amat popular di Rantau berdasarkan pengalaman beliau sebagai Adun selama tiga penggal di sana.
Mohamad juga merupakan bekas menteri besar Negeri Sembilan.
“Kita akan melakukan yang terbaik, saya tahu ia sukar dan ia merupakan kubu kuat Tok Mat (Mohamad), tetapi kita akan berusaha keras di Rantau,” katanya.
“Kita mahu calon yang akan membawa dan melaksanakan prinsip PRK,” kata bekas presiden PKR itu.
PRK Rantau merupakan PRK yang ketujuh selepas PRU14, dan yang ketiga diadakan pada 2019 selepas Cameron Highlands dan Semenyih. – 31 Mac, 2019.