Iklan

Ahli Parlimen akan diberi taklimat mengenai MA63, kata menteri

Jason Santos6 years ago2nd Apr 2019Berita
Liew vui keong
Taklimat akan melibatkan semua termasuk pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Liew Vui Keong. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 April, 2019.
Iklan

SEMUA ahli Parlimen akan diberi taklimat mengenai pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan selepas ia dibentangkan di Parlimen, kata Liew Vui Keong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) itu berkata usul pindaan akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada minggu ini atau selewat-lewatnya minggu depan.

Pindaan adalah mengenai pengembalian semula hak Sabah dan Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, satu mesyuarat akan diadakan selepas itu untuk menjawab segala persoalan dari ahli-ahli Parlimen sebelum ia dibahaskan.

“Taklimat akan melibatkan semua termasuk pembangkang.

“Saya menerima banyak e-mel dan gesaan berkaitan kebimbangan orang awam dan pandangan pakar mengenai pindaan tersebut.

“Hanya dengan cara ini mereka boleh bahaskan dan dan beri usulkan pandangan mereka mengenai bagaimana kerajaan hendak laksanakan pindaan,” kata Liew pada majlis pembukaan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, hari ini.

Tambah beliau, Putrajaya tidak boleh mendedahkan semua butir perbincangan memandangkan memorandum kerajaan itu adalah tertakluk di bawah akta kerahsiaan.

Pada Hari Malaysia tahun lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Putrajaya akan berusaha mengembalikan semula status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. – 2 April, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan