Cadangan pindaan tidak cerminkan status setara negeri Borneo
Iklan
BEKAS pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah mendakwa pindaan Perlembagaan yang dicadangkan Putrajaya untuk memberi status setara antara negeri, Sarawak dengan Semenanjung Malaysia mengecewakan, kerana perkataan yang dicadangkan tidak mengubah kedudukan ia sebagai negeri semata-mata.
Sebaliknya, pembezaan yang lebih besar kepada kedua-dua negeri sebagai entiti bebas dan berasingan harus dicerminkan dalam pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan, kata mereka.
Ahli Parlimen Kota Marudu Maximus Ongkili berkata pindaan yang dicadangkan itu harus dibincangkan terlebih dahulu oleh jawatankuasa pemilih Parlimen.
Terdapat peruntukan lain yang berkaitan dalam Perlembagaan perlu dilihat oleh Putrajaya agar status setara dipulihkan sepenuhnya, katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita di Sabah.
“Ia bukan sekadar meminda Perkara dalam Perlembagaan. Turut penting adalah undang-undang kecil dan instrumen untuk melaksanakan kedudukan status antara (antara Sabah, Sarawak dan Malaya),” katanya.
Satu daripada peruntukan yang sepatutnya dilihat oleh Putrajaya ialah Perkara 160, yang mentakrifkan “persekutuan”, tetapi Menteri Hal Ehwal Undang-undang, Liew Vui Keong menolaknya.
Bacaan pertama cadangan pindaan pada Perkara 1 (2) jadual oleh Liew di Dewan Rakyat semalam dikritik oleh pembangkang sebagaimana ahli Parlimen Sarawak yang juga tidak berpuas hati.
Pindaan yang dicadangkan itu adalah:
Negeri-negeri Persekutuan hendaklah -
(a) Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu, dan,
(b) Sarawak dan Sabah.
Dalam perkataan semasa artikel ini, Sarawak dan Sabah disebut bersama-sama dengan negeri lain.
Tetapi bekas ahli Parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahlan daripada Umno Sabah berkata perkataan dicadangkan itu tidak mengubah apa-apa.
“Putrajaya tidak serius dan pindaan yang dicadangkan hanya kosmetik. Ia tidak menunjukkan di mana-mana status Sabah dan Sarawak dinaikkan sebagai rakan kongsi setara,” katanya dalam satu kenyataan. – 5 April, 2019.
Berita penuh di sini