7 Adun Sabah sertai Bersatu esok
Iklan
TUJUH Adun Sabah dijangka secara rasmi memasuki Bersatu pada majlis pelancaran parti itu esok.
Pengerusi Penganjur Pusat Negeri, Hajiji Mohd Nor berkata, mereka terdiri daripada enam bekas wakil Umno Sabah dan seorang bekas wakil Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan (Upko)
“Mereka ialah Japlin Akim (Usukan), Rahim Ismail (Pantai Manis), Mohd Ariffin Mohd Arif (Membakut), Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Isnin Aliasnih (Klias) dan Ghulam Bahadar Khan (Kawang).
“Bekas ahli Upko pula Bobbey Suan (Nabawan),” katanya hari ini di Penampang.
Hajiji enggan mengulas apabila ditanya sama ada Bersatu akan menerima Ahli Sipitang, Hafez Yamani Musa yang mengikut wakil Umno Sabah meninggalkan parti itu pada Disember tahun lepas.
Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dijangka hadir di Penampang esok.
Perdana menteri juga dijangka menerima lebih 130,000 borang keahlian pada pelancaran itu.
Pada 15 Mac, Hajiji dan Adun Karanaaan, Masidi Manjun serta Ahli Parlimen Sabah, Abdul Rahim Bakri (Kudat), Azizah Mohd (Beaufort), Ronald Kiandee (Beluran), Zakaria Mohd Edris dan Abdul Ghani Mohamed Yassin menerima kad keahlian parti mereka daripada Dr Mahathir di Putrajaya.
Penganjur mengharapkan lebih daripada 30,000 orang akan hadir pada pelancaran esok. – 5 April, 2019.