Iklan

Ribuan dijangka hadir pada pelancaran Bersatu Sabah esok

Jason Santos6 years ago5th Apr 2019Berita
Bersatu sabah008 copy
Pekerja memasang bendera parti sebagai persediaan untuk pelancaran Bersatu Sabah di Dewan ITCC di Penampang esok. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 5 April, 2019
Iklan

SELEPAS beberapa bulan persiapan dibuat, pelancaran Bersatu di Sabah esok dijangka akan menjadi majlis besar-besaran.

Pengerusi penganjur Hajiji Mohd Noor berkata, semua persiapan sudah di peringkat akhir untuk menyambut Pengerusi Bersatu DrMahathir Mohamad di pusat membeli-belah ITCC di Penampang.

“Semuanya berjalan lancar setakat ini. Hari ini, kami akan adakan latihan terakhir dan memeriksa butiran lain sebelum hari besar,” katanya kepada pemberita. 

Hajiji berkata, lebih 30,000 orang dijangka hadir esok seawal pukul 9 pagi.

Katanya, 5,000 orang ditempatkan di dewan bankuet yang mana majlis akan berlangsung. Siaran langsung akan ditayangkan di luar dewan.   

“Kami jangka kebanyakan bekas ahli Umno Sabah akan hadir kerana mereka dijangka akan menyertai Bersatu.

“Kami turut menjemput pihak lain; Parti Warisan Sabah, parti komponen Pakatan Harapan yang lain PKR dan DAP,” katanya.

Hajiji berkata, wakil dari pembangkang Gabungan Bersatu Sabah, iaitu Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku, juga mengesahkan kehadiran mereka. 

Pelancaran itu juga akan dimeriahkan dengan persembahan artis Ramli Sarip, Fauziah Gambus dan ramai lagi sebelum ketibaan Dr Mahathir dan isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada jam 3 petang. – 5 April, 2019

Iklan
Iklan