Adun Sulaman dilantik penyelaras Bersatu Sabah
Iklan
PENGERUSI Bersatu Dr Mahathir Mohamad menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman, Hajiji Mohd Noor sebagai penyelaras Bersatu Sabah.
Terdahulu, presiden parti itu turut membayangkan Hajiji sebagai pengerusi kerana beliau telah melakukan banyak kerja dalam menubuhkan cawangan di negeri itu.
Dr Mahathir hari ini juga mengisytiharkan penubuhan cawangan parti di negeri itu dan berkata ia merupakan acara terbesar yang dilihat beliau sejak kebelakangan ini.
Penganjur menjangka lebih daripada 20,000 orang hadir. – 6 April, 2019.
MENYUSUL