Sertai Bersatu bukan jalan jadi kaya, tegas Dr Mahathir
Iklan
DR Mahathir memberitahu parti-parti Sabah bahawa parti yang dipimpin beliau bukan sebuah platform bagi mereka mengumpul kekayaan.
Pengerusi Bersatu itu berkata parti itu memerangi rasuah pemimpin Umno dan akhirnya berjaya menyaksikan kejatuhan parti yang diketuai oleh Najib Razak.
“Kita dibentuk untuk melihat kejatuhan parti itu. Rakyat tidak lagi dapat tahan dengan Umno dan mereka disingkir dalam pilihan raya.
“Sebenarnya kuasa rakyat lebih berkuasa daripada kuasa wang. Tidak ada tempat untuk rasuah dalam parti.
“Ini bukan tempat untuk anda mendapatkan kekayaan,” katanya memberi amaran semasa ucapan beliau pada acara pelancaran cawangan Bersatu di Sabah hari ini.
Dr Mahathir juga turut memberi amaran berkenaan bahaya rasuah, kerana sering terjadi pemimpin mengorbankan bakat yang ada demi kepentingan kroni mereka. – 6 April, 2019.