Pembangkang tidak mahu cukai dosa digunakan untuk bayar penjawat awam
__full.jpg)
Iklan
AHLI Parlimen pembangkang hari ini mencadangkan Putrajaya tidak menggunakan pendapatan daripada cukai dosa untuk membayar gaji kakitangan awam.
Mereka mahu cukai dosa – hasil yang diperoleh dari penjualan alkohol, rokok dan perjudian untuk dikecualikan daripada digunakan untuk membayar gaji kakitangan awam yang majoritinya beragama Islam.
Ahmad Maslan (Pontian-BN) meminta kerajaan untuk memastikan pendapatan daripada cukai dosa dipisahkan dari pendapatan lain seperti diamalkan oleh pentadbiran kerajaan terdahulu di bawah Nazah Razak (Pekan-BN).
“Adakah cukai dosan ini akan dipisahkan dari dana yang disatukan sehingga tidak bercampur dengan dana yang digunakan untuk membayar penjawat awam yang kebanyakkannya beragama Islam,” soal Ahmad Maslan.
Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah berkata, tiada apa-apa rancangan pada masa ini.
“Hasil dari cukai dosa masuk ke dalam dana yang disatukan yang menyatakan sumber pendapatan dengan jelas.
“Gaji untuk perkhidmatan awam datang daripada dana itu,” katanya ketika menggulung ucapan dalam pembentangan Rang Undang-Undang Eksais di Dewan Rakyat petang ini.
R.S.N Raye (Jelutong-PH) menyuarakan pendapat dan bertanya sama ada hasil diperoleh dari harta rampasan dalam kes rasuah juga boleh dianggap sebagai cukai dosa.
Beliau menggunakan ahli perniagaan, Low Taek Jho ahli perniagaan yang dikehendaki dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai contoh.
“Sekiranya kita menjual banglo Jho Low, adakah kita akan panggil cukai pendapatan? Rasuah juga tidak halal,” katanya.
Amiruddin berkata, pendapatan kerajaan dari sumber lain melampaui apa yang diperoleh melalui cukai dosa.
Apabila Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang-PAS) mengulangi soalan Ahmad, sama ada kerajaan PH boleh mengasingkan pendapatan cukai dosa ke akaun berasingan, Ahli Parlimen Kubang Pasu dari Bersatu berkata, kerajaan akan memikirkannya.
Soalan lain Ahmad mengenai berapa banyak wang yang dikutip kerajaan melalui duti eksais Amiruddin berkata, RM536,9 juta datang dari kenderaan bermotor dan RM87.9 juta dari motosikal dan skuter pada tahun lepas.
“Minuman malt RM412,65 juta sementara minuman keras RM40.2 juta dan duti rokok sebanyak RM159,6 juta.
“Kita juga mengutip RM157,369 daripada permainan kad dan RM2,064 dari mahjong,” katanya sambil menambah bahawa tidak ada rancangan untuk meningkatkan duti eksais bagi minuman beralkohol dan rokok. – 8 April, 2019