Iklan

Streram ingin berbakti kepada penduduk Rantau

Timothy Achariam6 years ago12th Apr 2019Berita
Rantau by election 20190408 hasnoor 008 -1
Dr Streram Sinnasamy berkata beliau membantu ramai orang Islam di luar negara tanpa mempedulikan bangsa atau agama mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 April, 2019.
Iklan

KERJAYA politik Dr Streram Sinnasamy mula menyinar tetapi berakhir pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila beliau dihalang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada memasuki pusat penamaan calon untuk bertanding di kerusi Rantau.

Keputusan itu menyebabkan Mohamad Hasan daripada Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding.

Tetapi hampir setahun daripada tarikh itu, Streram kini bakal mendapat peluang kedua untuk merampas kerusi itu daripada Mohamad.

Streram, seorang anestesiologi sedar yang beliau berdepan ahli politik veteran Umno yang bukan sahaja menjadi penyandang selama 14 tahun tetapi turut disukai oleh penduduk tempatan.

Tetapi itu tidak menggugat impiannya agar berpeluang memberikan khidmat kepada penduduk Rantau sebagai wakil rakyat yang akan memperjuangkan nasib mereka tanpa gentar atau pilih kasih.

Streram, timbalan ketua PKR Rembau, menghabiskan sebahagian besar tempoh kerjaya perubatannya dengan aktiviti sukarela melalui program Doctors Without Borders di Afghanistan dan Sudan pada 2010 dan 2011.

Saya bertekad untuk memberikan kepakaran saya dengan sebaik mungkin sebagai seorang pakar perubatan untuk merawat pesakit sebanyak mungkin.

“Tiada yang lebih menggembirakan daripada melihat rakan beragama Islam lain sembuh dan kembali kepada keluarga mereka,” kata Streram kepada The Malaysian Insight.

Streram berkata, beliau membantu ramai orang Islam di luar negara tanpa mempedulikan bangsa atau agama mereka, satu amalan yang dipraktikkannya di Rantau sejak tiga tahun lalu.

“Sebagai seorang doktor, ketika merawat orang, saya tidak melihat bangsa atau agama mereka. Saya berikan layanan yang sama.”

Pilihan raya kecil (PRK) Rantau pada Sabtu ini menyaksikan pertembungan Mohamad dengan Streram dan dua calon bebas - R. Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin.

Berikut adalah petikan wawancara Streram dengan The Malaysian Insight:

TMI: Kenapa anda menceburi politik sedangkan anda mempunyai kerjaya yang berjaya sebagai seorang doktor?

Streram: Saya berada berkecimpung dalam politik selama 30 tahun, sejak tahun 1990-an, semasa bersama MIC.

Kemudian saya masuk PKR pada 2008 dan kemudiannya menjadi timbalan bendahari bagi PKR Selangor dan jawatan lain dalam parti.

Bekas presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail memeriksa mata seorang penduduk Kampung Kuala Sawah ketika berkempen untuk calon PH PRK Rantau, Dr Streram Sinnasamy. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 April, 2019.

Tetapi saya sentiasa bekerja untuk rakyat dan parti bagi membentuk prinsip reformasinya.

Saya tidak pernah bertanding untuk pilihan raya, saya masih melakukan tugas perubatan asas kerana itulah sumber pendapatan saya.

Jadi, apabila diminta bertanding di Rantau - saya bekerja di Negeri Sembilan sejak 15 tahun lalu dan mempunyai sanak saudara di Rantau - saya menyahut cabaran.

Ia cabaran yang sukar. Bukannya disebab apa-apa tetapi kerana saya mahu mengikut arahan parti.

TMI: Adakah anda fikir berpeluang bertanding di Rantau lagi jika PH kalah PRU14?

Streram: Jika PH kalah, peluang kami di mahkamah akan dipersoalkan. Bergantung pada hakim, kami mungkin tidak mmpunyai hak untuk bertanding semula pilihan raya ini.

TMI: Apa perubahan yang boleh anda buat di Rantau jika menang?

Streram: Saya mahu menyelesaikan masalah perumahan, pengangkutan dan pengangguran. Juga mengurangkan banjir dan pendidikan serta latihan kemahiran. Semua komuniti di sini - Melayu, India dan Cina - miskin, jadi kita mesti membantu mereka semua.

TMI: Adakah anda fikir orang Melayu akan menyenangi anda dan bagaimana anda menawannya memandang mereka membentuk 55% pengundi?

Streram: Sebagai seorang doktor, saya tidak melihat kaum atau agama pesakit ketika melakukan pembedahan. Saya tidak fikir ia sepatutnya menyentuh bangsa dan agama. Saya akan membantu sesiapa yang memerlukan. Saya seorang yang adil dan meyakinkan setiap kaum untuk mengundi saya.

Saya pergi rumah ke rumah selama tiga tahun di kawasan itu dan saya tahu mereka akan menerima saya. – 12 April, 2019.

Iklan
Iklan