DAP sudah kenal pasti calon PRK Sandakan, kata Shafie
Iklan
DAP sudah mengenal pasti calonnya untuk pilihan raya kecil (PRK) Sandakan yang dijadualkan berlangsung pada 11 Mei, kata Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal.
Presiden Warisan hari ini mengesahkan DAP sudah memilih calon susulan pertemuannya dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam.
Beliau berkata terpulang kepada DAP mengumumkannya, dan enggan mendedahkan butiran lanjut.
“Saya sudah berbincang dengannya (Lim) semalam. Ya, mereka sudah ada seorang calon. Tetapi belum masanya untuk siapa mendedahkannya,” kata beliau kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Kerusi Parlimen Sandakan kosong selepas kematian ketua DAP Sabah dan penyandangnya Stephen Wong Tien Fatt akibat serangan jantung pada bulan lepas.
Wong, 64, tiba-tiba jatuh sakit dan meninggal dunia selepas mendaki bukit dengan sekumpulan pendaki di Tambaig Adventure Park di Putatan, Kota Kinabalu pada 28 Mac.
Shafie berkata beliau akan mengadakan mesyuarat tidak lagi lagi sebagai persediaan menghadapi PRK itu. – 10 April, 2019.