Iklan

Pengundi B40 di Rantau mahu wakil rakyat bawa pembangunan

Timothy Achariam6 years ago11th Apr 2019Berita
Rantau anwar ibrahim 20190410 hasnoor 013
Penduduk B40 di Rantau percaya masih banyak yang boleh dilakukan oleh wakil rakyat yang menang PRK pada 13 April ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 April, 2019.
Iklan

PENGUNDI daripada kumpulan B40 di Rantau kecewa dengan kekurangan pembangunan di kawasan mereka dan mahu wakil rakyat dipilih kelak mula melaksanakan tugas dengan baik dengan membawa pembangunan.

Tidak banyak yang diminta, antara keperluan utama adalah lampu jalan yang elok, pengangkutan awam yang cekap, sistem saliran yang betul dan kawasan untuk kanak-kanak bermain.

Walaupun sebahagian mereka mengakui bekas wakil rakyat Mohamd Hasan sudah melakukan beberapa perkara baik semasa zamannya, mereka fikir lebih banyak boleh dibuat oleh calon yang memenangi pilihan raya kecil (PRK) pada 13 April.

PRK itu akan menyaksikan pertandingan empat penjuru yang melibatkan bekas menteri besar Negeri Sembilan Mohamad, Dr S Streram daripada Pakatan Harapan (PH) dan dua calon Bebas - R. Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin.

“Lima belas tahun di bawah Tok Mat dan hampir setahun di bawah PH dan tidak banyak berubah di taman kami,” kata Suresh, 34, dari Taman Sri Ramai, Kuala Sawah, Rantau ketika ditemui The Malaysian Insight.

Mekanik yang terpaksa berulang-alik selama 40 minit dari Rantau ke Seremban untuk ke tempat kerja berkata, tiada peningkatan besar di kawasan itu sejak beliau berpindah pada 1996.

Perumahan 30 unit didiaminya itu terletak bertentangan ruang tanah kecil yang menghala ke hutan tebal. Hanya jalan kecil memisahkan mereka dengan hutan, serta ladang getah dan kelapa sawit.

“Kami tidak mempunyai kemudahan yang sewajarnya di sini. Taman ini mempunyai 30 buah rumah. Kebanyakan mereka mempunyai anak kecil tetapi tiada ruang untuk mereka bermain. Seperti yang anda dapat lihat, terdapat tanah kecil di sini tetapi ia terus menuju ke hutan,” katanya.

Lampu di sepanjang jalan menuju ke kawasan perumahan merupakan masalah besar bagi penduduk di sini.

Lampu yang rosak tidak dibaiki oleh pihak berkuasa, dan ini membahayakan penduduk kawasan itu.

“Beberapa bulan lalu saya menaiki motor dari tempat kerja untuk pulang ke rumah dan terlanggar seekor lembu yang menyeberang jalan kerana keadaan gelap. Saya tidak boleh bekerja selama beberapa bulan kerana kecederaan itu,” katanya.

Suresh berkata kemalangan seperti itu agak biasa.

Beliau berkata sudah berusaha selama hampir 10 tahun untuk mendapatkan bantuan kebajikan untuk ibu kurang upaya tetapi tidak menerima apa-apa daripada kerajaan walaupun keluarganya berada di bawah kategori B40 seperti kebanyakan keluarga lain di kawasan itu.

Bagi Sugumaran, 58, beliau sudah bosan dengan BN. – 11 April, 2019.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan