Iklan

Pengerusi SPR kecewa ‘pondok panas’ masih beroperasi

Timothy Achariam6 years ago13th Apr 2019Berita
Rantau by election polling day 20190413 hasnoor 026
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun memeriksa sebuah stesen pengundian pada Pilihan Raya Kecil Rantau di Rantau, Negeri Sembilan hari ini. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 April, 2019.
Iklan

“PONDOK panas” penyokong parti politik dan calon yang masih beroperasi telah mendatangkan kemarahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, parti-parti politik masih berdegil walaupun mereka sudah diberitahu untuk menutup pondok itu pada hari pengundian.  

“Saya melawat tiga pusat mengundi. Ia berjalan lancar tetapi saya kecewa dengan parti politik dan calon kerana pondok panas masih wujud,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Nyatoh.

“Saya beritahu mereka untuk tutup tetapi hanya bertahan untuk 15 minit sebelum kembali dibuka semula,” katanya.

Beliau sudah memberi amaran dua kali tetapi mereka tetap berbuat demikian.

Azhar berkata, pondok itu berlebihan kerana SPR sudah menghantar kad pengundian dengan maklumat mereka kepada setiap pengundi di daerah itu.

“Tidak perlu melakukan semakan semula kerana kami sudah menghantar kad pengundi yang boleh diperiksa di laman web SPR dan melalui aplikasi EC.

“Kami juga mempunyai pondok SPR di setiap pusat mengundi yang mana mereka sendiri boleh menyemak maklumat di sana,” katanya.

Selain kejadian itu, Azhar juga berkata belia berpuas hati dengan pengundian hari ini kerana tiada kejadian tidak diingini dilaporkan. – 13 April, 2019. 

Iklan
Iklan