Iklan

Shafie mahu PRK Sandakan akhiri badi kekalahan Pakatan

Jason Santos6 years ago14th Apr 2019Berita
Cm3
Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya memerlukan sedikit masa untuk menjelaskan semua masalah ini kepada pengundi Sandakan tetapi menegaskan bahawa momentum di Sabah dan Semenanjung adalah berbeza. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 14 April, 2019.
Iklan

KETUA Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal berharap dapat mengakhiri kekalahan berturut-turut Pakatan Harapan (PH) dengan mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil (PRK) Sandakan bulan depan.

Shafie berjanji akan melakukan yang terbaik bagi mencapai hasrat itu walaupun mengakui usaha untuk mengekalkan kerusi Parlimen bukan tugas mudah memandangkan sentimen yang tidak memihak kepada PH di Semenanjung Malaysia.

“Kita akan buat yang terbaik… Saya tahu bukan tugas mudah untuk memastikan pengundi Sandakan menyokong kami disebabkan sentimen itu.

“Saya sedar banyak perkara perlu dilakukan dan mendekati pengundi di Sandakan, tetapi kita perlu menjelaskan semua isu kepada mereka.

“Kita mesti memastikan mereka tahu tentang jumlah hutang negara yang banyak dan keadaan ekonomi tidak menentu akibat kerajaan terdahulu, dan itu yang sedang diusahakan kerajaan baru untuk membetulkan keadaan,” katanya selepas melancarkan Festival Kraf Tekstil di Kota Kinabalu, hari ini.

PH kalah dalam tiga PRK terdahulu di Semenyih, Cameron Highlands dan terbaharu di Rantau semalam.

Pengkritik  menyalahkan kegagalan dasar dan PH untuk menanangi isu harian yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia seperti kenaikan kos sara hidup.

Shafie berkata pihaknya memerlukan sedikit masa untuk menjelaskan semua masalah ini kepada pengundi Sandakan tetapi menegaskan bahawa momentum di Sabah dan Semenanjung adalah berbeza.

Kerusi Parlimen Sandakan perlu diisi susulan kematian penyandangnya Wong Tien Fatt pada 28 Mac lalu.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia pada usia 64 tahun akibat serangan jantung. Belia merupakan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 27 Paril sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 11 Mei.  – 14 April, 2019.

Iklan
Iklan