Iklan

Musa Aman dijangka hadir sidang DUN Sabah

Jason Santos6 years ago15th Apr 2019Berita
Musa aman corruption court 01
Bekas ketua menteri Sabah Musa Aman yang juga Adun Sibuga dijangka hadir sidang DUN esok, selepas tidak menghadirinya sepanjang tahun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 April, 2019.
Iklan

SELEPAS tidak hadir dalam sidang DUN tahun lalu, bekas ketua penerangan Umno Sabah Musa Aman dijangka menghadirkan diri buat kali pertama bagi persidangan tahun ini, esok.

Musa, yang menjadi ketua menteri Sabah selama 15 tahun, tidak hadir sidang DUN pada 12 hingga 15 November kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Beliau juga tidak hadir sidang tergempar DUN pada 11 Jun, di mana beliau terlepas peluang untuk mengangkat sumpah sebagai Adun Sibuga. Beliau kemudian mengangkat sumpah pada 5 September.

Musa satu-satunya wakil Umno dalam dewan, selepas hampir semua rakannya keluar parti dan menyertai Bersatu, yang diasaskan di semenanjung.

Speaker DUN Syed Abbas Syed Ali berkata Musa belum menulis surat meminta dikecualikan daripada persidangan itu.

“Tahun lalu, Musa menghantar surat mengatakan beliau tidak dapat hadir sidang kerana masalah kesihatan. Beliau turut mengepilkan surat daripada doktornya,” kata Syed Abbas kepada The Malaysian Insight.

“Beliau tidak menghantar surat tahun ini. Jadi beliau perlu hadir tahun ini.

“Musa berdepan risiko kehilangan kerusi itu jika gagal hadir tiga persidangan berturut-turut.”

Mengikut Artikel 18(2) perlembagaan negeri, Dewan boleh mengisytiharkan kerusi DUN kosong jika wakil rakyatnya tidak hadiri tiga persidangan berturut-turut.

Setiausaha politik Musa, Mohd Joh Wid berkata majikannya sihat tetapi tidak dapat mengesahkan sama ada beliau akan cukup sihat untuk hadir tetapi tidak juga dapat mengesahkan beliau tidak akan hadir persidangan esok.

“Tan Sri ok. Beliau sihat. Tidak tahun lagi bila beliau akan kembali ke DUN,” kata Joh Wid.

Musa mengekalkan kerusi Sibuga dengan 11,569 undi majoriti menentang Irwanshah Mustapa (PKR), Am Jaffar (Parti Progresif Sabah), Mohd Roslan Yussof (Parti Solidariti Tanah Airku) dan calon bebas Mohd Arshad Adul, pada PRU14, Mei tahun lalu. – 15 April, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan