Iklan

Hubungan Hajiji, Musa Aman jadi tanda tanya

Jason Santos6 years ago16th Apr 2019Berita
Musa4
Menurut sumber, hubungan dingin antara Penyelaras Bersatu Sabah Hajiji Mohd Noor dan bekas ketua menteri Sabah Musa Aman tercetus apabila bekas ketua menteri itu membiarkan wakil-wakil rakyat Umno negeri itu tidak dipimpin dan hilang arah tujuan selepas parti itu kalah pada pilihan raya umum 9 Mei tahun lepas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 16 April, 2019.
Iklan

KETIADAAN Penyelaras Bersatu Sabah Hajiji Mohd Noor pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini, pada hari bekas ketuanya, Musa Aman hadir, mencetuskan persoalan mengenai hubungan mereka.

Hajiji yang menyertai Bersatu awal bulan ini, mengetuai lapan wakil rakyat dari Umno Sabah, termasuk empat ahli Parlimen yang keluar parti beramai-ramai pada Disember lepas.

Ini menjadikan Musa, yang juga bekas ketua menteri Sabah, satu-satunya wakil rakyat dari Umno dalam DUN Sabah.

Pembantu Hajiji menafikan cakap-cakap bahawa beliau mengelak dari bertembung dengan Musa.

“Beliau tidak dapat hadir sehingga sidang berakhir pada 18 April sebab ada urusan parti di Kuala Lumpur,” katanya.

Pemerhati di Sabah mengesyaki Musa sepatutnya mengikuti Haji dan lain-lain menyertai Bersatu tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana Adun Sungai Sibuga itu didakwa di mahkamah.

“Satu-satunya perkara mengaitkan Musa dengan Bersatu ialah menantunya, Adun Membakut Ariffin Mohd Ariff yang masuk Bersatu,” katanya.

Anak Musa, Ahli Parlimen Sipitang Hafez Yamani Musa yang juga mengikuti Hajiji keluar Umno Sabah dan masuk Bersatu, setakat ini masih belum diterima oleh parti itu.

Menurut sumber, hubungan dingin antara Hajiji dan Musa tercetus apabila bekas ketua menteri itu membiarkan wakil-wakil rakyat Umno negeri itu tidak dipimpin dan hilang arah tujuan selepas parti itu kalah pada pilihan raya umum 9 Mei tahun lepas.

“Musa, yang sepatutnya memimpin, tinggalkan Sabah, membiarkan Hajiji dan yang lain tiada hala tuju jelas apa yang perlu dilakukan.

“Mungkin inilah sebabnya mengapa Hajiji dan wakil rakyat Umno Sabah lain kecewa dengan Musa,” kata sumber itu. – 16 April, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan