Iklan

Tommy, pihak pembelaan berbalah mengenai 'cara' menyoal 

Timothy Achariam6 years ago17th Apr 2019Berita
Tommy thomas tmi 01
Peguam Negara Tommy Thomas mempertahankan cara timbalan pendakwa raya menyoal saksi pada perbicaraan Najib Razak hari ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 17 April, 2019
Iklan

HARI keempat perbicaraan Najib Razak berhubung kes SRC International Sdn Bhd menyaksikan perbalahan antara Peguam Negara Tommy Thomas dan peguam pembelaan Harvinderjit Singh hari ini berhubung cara pihak pendakwaan menyoal saksi. 

Insiden itu berlalu apabila DPP Suhaimi Ibrahim membuat pemeriksaan balas semula terhadap saksi kedua, Azizul Adzani Abdul. 

Azizul mengetuai pasukan dari Bank Negara Malaysia dalam serbuan di AmBank Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 6 Julai, 2015, bagi merampas dokumen berkaitan akaun milik Najib, SRC International dan Gandingan Mentari. 

Harvinderjit beberapa kali menyuarakan tentang cara Suhaimi menyoal yang mencetuskan perbalahan itu. 

Harvinderjit: Adakah kawan saya (pendakwa) cuba mengajar saksi tentang jawapannya?

Suhaimi: Tidak, ini cara saya untuk menyoal. 

Tommy: Yang Arif, ini hanya cara Suhaimi, untuk menyoal begini. Mereka (pembelaan) sudah menyoal saksi kira-kira empat ke lima jam dan kita tidak cakap apa-apa. Kami hanya mahu soal enam soalan umum. Mungkin rakan saya ini tidak melakukan perkara ini selama yang kita buat kerana kita sudah lakukannya untuk 42 dan 43 tahun. 

Harvinderjit: Ya, saya mungkin melakukan ini untuk masa yang lebih singkat daripada rakan saya (Tommy) tetapi mereka tidak seharusnya menyoal dengan cara itu.

Ketika ini hakim campur tangan dan meminta Suhaimi meneruskan soalannya.

DPP bertanya satu lagi soalan sebelum meninggalkan saksi. 

Sebelum itu, Azizul diperiksa balas oleh Harvinderjit selepas mengeluarkan salinan laporan polis yang dibuat selepas mengetuai serbuan di AmBank. 

Harvinderjit menegaskan bahawa Azizul telah menyatakan dalam laporan polis yang kes ini (susulan serbuan di AmBank) perlu disiaat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Harvinderjit: Kamu sebagai (dan saya tidak percayakan kamu) seorang pegawai yang membuat serbuan, dengan sendiri menyimpulkan bahawa itu adalah AMLA berdasarkan dokumen-dokumen ini.

Azizul: Mungkin.

Harvinderjit:Tuan, kamu tidak begitu jujur. Saya telah perangkap kamu di sini. Adakah kamu diberi taklimat oleh mana-mana pihak lain untuk menghadiri perbicaraan ini untuk memberikan maklumat palsu?

Azizul: Tidak.

Ketika ini Suhaimi memulakan pemeriksaan balas terhadap saksi yang dibantah Harvinder

Peguam berkata pendakwaan hanya perlu merujuk kepada perkara-perkara yang dibangkitkan semasa pemeriksaan balas, sambil menambah bahawa Suhaimi harus merujuk kepada jawapan oleh saksi semasa pemeriksaan balas sebelum mengajukan lebih banyak soalan. – 17 April, 2019

Iklan
Iklan