Iklan

Umno Sabah bakal terima autonomi menjelang akhir tahun ini

Jason Santos6 years ago17th Apr 2019Berita
Rahman dahlan tmi nazirsufari 198
Abdul Rahman Dahlan pindaan perlembagaan Umno akan membolehkan Umno Sabah menentukan sendiri calon untuk pilihan raya serta ketua menteri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 April, 2019.
Iklan

UMNO akan meminda perlembagaannya tahun ini untuk memberikan autonomi kepada cawangan Sabah, kata Ahli Majlis Tertinggi Abdul Rahman Dahlan.

Ini akan membolehkan Umno Sabah menentukan sendiri calon untuk pilihan raya dan ketua menteri.

Rahman, yang juga bekas ahli Parlimen Kota Belud, berkata seksyen khas mengenai autonomi cawangan ini akan diterima pakai dalam perlembagaan parti pada akhir mesyuarat agung tahunannya tahun ini.

“Ia akan menjelaskan apa yang kita (Sabah Umno) boleh lakukan sendiri.

“Ini bermakna Umno Sabah tidak lagi memerlukan kelulusan daripada Ahli Majlis Tertinggi kerana segala perkara diputuskan oleh kepimpinan negeri,” katanya ketika sesi pertemuan Umno dengan rakyat di Tuaran, Sabah pada Ahad.

Beliau juga berkata Umno Sabah juga ingin mendapatkan satu kuota bagi jawatan naib presiden.

“Kepimpinan nampaknya bersetuju tetapi ia perlu dibawa ke mesyuarat akhir tahun ini.”

Beliau berkata jika Majlis Tertinggi bersetuju, jawatan itu tidak akan dilantik, tetapi dipertandingkan di kalangan pemimpin Umno Sabah supaya ia menjadi pilihan demokratik.

Umno Sabah terkejut dengan pembelotan berikutan kekalahan parti di negeri itu pada pilihan raya umum lepas.

Hampir semua wakil rakyat dan ahli Parlimen beralih arah kepada Bersatu, meninggalkan hanya bekas ketua menteri Musa Aman sebagai wakil Umno tunggal dalam Dewan Undangan Negeri Sabah. – 17 April, 2019.

Iklan
Iklan