Iklan

Projek ECRL tingkat kepercayaan dan keyakinan pelabur, kata duta China

Bernard Saw6 years ago18th Apr 2019Berita
China bai tian 1804 tmiseth 09
Duta China ke Malaysia Bai Tian berkata, semakan semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menggalakkan kepercayaan dan keyakinan pelabur China untuk datang ke Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 April, 2019.
Iklan

SEMAKAN semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menggalakkan kepercayaan dan keyakinan pelabur China untuk datang ke Malaysia, kata duta China ke Malaysia.

Bai Tian berkata, perjanjian baharu untuk projek itu juga akan melihat kesan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.  

“Ini berita baik untuk China dan Malaysia.  

“Dengan penyambungan semula projek ECRL, Malaysia akan mendapat manfaat daripada projek itu. Hubungan dua hala keseluruhan akan memberi manfaat,” katanya kepada media di Kedutaan China di Kuala Lumpur hari ini.  

Menurutnya, beliau percaya penyambungan semula projek ECRL akan meningkatkan lagi keyakinan dan kepercayaan syarikat China dan pelabur berpotensi untuk Malaysia.  

“Ia juga membantu menarik lebih banyak ahli perniagaan China untuk melabur di Malaysia,” katanya.

Beliau menambah, ECRL adalah projek baik dan setelah selesai akan menjadi aliran utama komunikasi dan pengangkutan yang akan menghubungkan pantai timur dan pantai barat negara.

“Ia akan meningkatkan perdagangan logistik, pengangkutan, perdagangan, pelancongan dan komersial di seluruh dunia,” katanya.

Jumaat lalu, Malaysia mencapai persetujuan dengan China untuk mengurangkan kos pembinaan untuk Fasa 1 dan 2 ECRL kepada RM44 bilion.

Kos baharu itu dapat mengurangkan RM21.5 bilion daripada kos asalnya sebanyak RM65.5 bilion. – 18 April, 2019.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan