Iklan

Transkrip perbualan penting untuk buktikan Najib tak bersalah, kata Shafee

Timothy Achariam6 years ago18th Apr 2019Berita
Shafee
Transkrip perbualan antara pegawai AmBank, Joanna Yu dengan Low Taek Jhopenting untuk membuktikan Najib tidak bersalah, kata Muhammad Shafee Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 April, 2019.
Iklan

SEBARANG cubaan untuk menyembunyikan transkrip perbualan antara pegawai AmBank, Joanna Yu dengan ahli perniagaan yang dikehendaki, Low Taek Jho akan menerima akibatnya, kata peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Peguam bela bekas perdana menteri Najib Razak itu berkata transkrip perbualan itu tidak boleh disembunyikan kerana telah didedahkan di Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report.

Menurut Shafee, transkrip tersebut penting untuk membuktikan Najib tidak bersalah.

“Ia paling penting (bukti). Jika mereka (pendakwaan) sembunyikan, habislah mereka,” katanya.

“Penting kerana ia menunjukkan bahawa urus niaga dilakukan dalam bank tanpa penglibatannya. Orang lain guna akaun. Kalau Jho Low salah guna (akaun) bank, apa yang Najib boleh buat? Bagaimana kamu boleh salahkan dia?”

Shafee bercakap kepada pemberita di luar mahkamah selepas perbicaraan pada hari kelima kes SRC International Najib berakhir hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) Ahmad Farhan Sharifuddin menemui transaksi perbualan antara Yu dan Low.

“Dia cuba cari hari ini tapi tak jumpa lagi. Saya yakin dia akan dapatkan pada Isnin. Beginilah, kalau dia tak jumpa, kita akan carikan untuk dia,” kata Shafee.

“Kami juga ada salinan. Percayalah, kami bukan buat janji kosong.”

Apabila ditanya sama ada salinan yang beliau katakan itu boleh diterima di mahkamah, Shafee menjawab dengan mempersoalkan bagaimana Sarawak Report dan WSJ boleh mendapatkan transaksi tersebut.

“Kenapa tak tanya bagaimana WSJ dan Sarawak Report boleh dapat? Kenapa awak tak complain pasal itu? Kenapa awak complain pasal orang macam kami pertahankan dia (Najib)? Kalau wartawan buat tak apa, tapi kalau peguam bela pertahan menggunakan dokumen yang sah, semuanya merepek. 

“Awak jadikannya satu isu. Wartawan perlu lebih beretika, tak boleh sekadar lapor, kena adil,” katanya. – 18 April, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan