Iklan

Peguam dakwa defendan ganggu pembentangan bukti

Bede HongTimothy Achariam6 years ago18th Apr 2019Berita
Najib razak corruption src trial  high court day 5 12  full
Najib Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada hari kelima perbicaraan SRC International. - Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 18 April 2019.
Iklan

PEGUAM dalam perbicaraan SRC International Najib Razak hari ini bertelagah berhubung keperluan keterangan daripada saksi, kontraktor Zulkarnain Mohamad yang dibayar RM100,000 untuk membina stor, kabinet dan kerja pengubahsuaian lain di kediaman peribadi bekas perdana menteri.

Peguam Negara Tommy Thomas mendakwa defendan menganggu pembentangan bukti oleh pihak pendakwa raya.  

“Bagaimana mahkamah boleh memberi peraturan bahawa pendakwa raya tidak boleh memanggil saksi? Sekiranya kita tidak boleh memanggil saksi, kes itu akan ditolak,” katanya kepada mahkamah yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Terdahulu peguam bela Farhan Read membangkitkan bantahan awal terhadap saksi yang memberi keterangan dengan alasan ia tidak diterima kerana tidak melepasi nilai ambang batas yang dikehendaki oleh Seksyen 5 Akta Keterangan.

Farhan berkata, dakwaan terhadap Najib hanya melibatkan beliau mengambil wang dan tidak memberi wang, oleh itu saksi berkenaan tidak relevan secara sah.

“Saksi ini tidak dapat menentukan sama ada tertuduh telah melakukan actus reus dan mens rea,” katanya.

Farhan menambah bahawa mahkamah tidak harus tertakluk kepada teater pendakwa raya untuk menyebarkan keterangan saksi kepada orang awam, merujuk kepada penyataan pembukaan oleh Thomas pada 3 April.

Defendan sebelum ini menuduh pendakwa raya memudaratkan Najib dengan memperinci perkara seperti berapa banyak yang dibelanjakan untuk membeli-belah yang tidak dikaitkan dengan tuduhan jenayahnya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi bagaimanapun menegaskan bahawa keterangan saksi akan menunjukkan bahawa tertuduh menyedari dia melakukan kegiatan menyalahi undang-undang. – 18 April, 2019.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan