Iklan

Hakim tertinggi pindahkan pejabat pendaftar dari Sarawak ke Sabah

Jason Santos6 years ago21st Apr 2019Berita
David wong sabah 20181116 093601  full
Ketua Hakim Sabah dan Sarawak David Wong Dak Wah berkata, pemindahan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak dari Kuching ke Kota Kinabalu hanya untuk ke ruang lebih besar. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 April, 2019.
Iklan

KETUA Hakim Sabah dan Sarawak David Wong Dak Wah berkata, pemindahan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak dari Kuching ke Kota Kinabalu hanya untuk ke ruang lebih besar.

“Pejabat itu sudah berada di Kuching lebih 50 tahun. Ia hanya dipindahkan ke sini (Kota Kinabalu). Tiada yang berubah,” katanya kepada The Malaysian Insight ketika ditemui di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata, sistem itu akan dikendalikan dari Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu yang baru dibuka bernilai RM147 juta terletak di atas Bukit Punai, Jalan Kolam di Kota Kinabalu.

Apabila ditanya sama ada tindakan itu tidak mengikut perlembagaan seperti yang didakwa oleh beberapa peguam katanya, beliau tidak pasti.

Wong ditemui semasa pelancaran Hari Bumi peringkat kebangsaan di Likas, Kota Kinabalu.

Dalam satu laporan hari ini mengatakan kerajaan persekutuan telah membuat keputusan untuk memindahkan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dari Kuching ke Kota Kinabalu berkuat kuasa 1 Mei, menurut satu surat pekeliling di atas talian.

Peguam dan penggubal undang-undang timur Malaysia telah menyatakan rasa terkejut dan kebimbangan mengenai penempatan semula berkenaan dengan beberapa persoalan mengenai kesahihan langkah itu.

Wong mengakui dia hanya mengetahui perkara itu melalui laporan berita hari ini tetapi menegaskan tidak ada kekeliruan kerana ia hanya melibatkan pemindahan pejabat pendaftar dari Sarawak ke Sabah.

Menteri Undang-Undang Liew Vui Keong dan Sabah Law Society berkata, mereka akan mengeluarkan kenyataan kemudian. – 21 April, 2019

Iklan
Iklan