TMJ buat ‘tuntutan tidak selesa’, kata Syed Saddiq
Iklan
MENTERI Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mendedahkan bahawa keretakan hubungannya dengan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah kerana beliau membuat tuntutan ‘tidak selesa’ kepadanya.
Syed Saddiq berkata, permintaan itu adalah untuk membatalkan pada minit terakhir perlawanan Manny Pacquiao vs Lucas Matthysse di Kuala Lumpur yang berlangsung pada 15 Julai.
“Ada tuntutan dan perintah khusus untuknya (perlawanan) untuk dibatalkan, tanya penganjur, tanya Pacquiao sendiri,” katanya.
Beliau berkata, Pesuruhjaya Sukan Zaiton Othman dan dirinya sendiri cuba mencari Tengku Mahkota Johor yang dikenali sebagai TMJ untuk menjelaskan bahawa mereka tidak dapat membatalkan perlawanan.
“Zaiton dan saya pergi berjumpa dengannya. Kita perlu bersikap sopan dan menjelaskan.
“Terdapat beberapa perkara yang berlaku. Beberapa perkara yang saya tidak dapat mempertahankannya. Jadi keadaan itu tidak begitu baik,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa pembatalan perlawanan itu akan menyebabkan krisis diplomatik dengan Filipina.
“Permintaan untuk pembatalan minit terakhir akan mendatangkan isu diplomatik kerana enam menteri termasuk presiden Filipina juga datang (untuk menonton perlawanan).
“Puluhan juta dolar dalam pelaburan akan rugi kerana ia disiarkan kepada lebih 100 saluran langsung di seluruh dunia,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Belia dan Sukan hari ini.
Syed Saddiq mendedahkan bahawa hubungannya dengan TMJ tidak seperti itu sambil menambah mereka “sangat rapat” di antara satu sama lain sehingga beliau memutuskan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 untuk kerusi Parlimen Muar.
“Beliau adalah orang terdekat dengan saya, rapat sebelum pilihan raya. Tetapi beliau membuat tuntutan khusus sebelum pilihan raya yang tidak dapat saya penuhi.
“Tuntutan ini bersifat politik yang membuatkan saya merasa tidak selesa,” katanya. – 23 April, 2019.
Berita penuh di sini.