LANGSUNG: Pegawai bank sahkan Nik Faisal uruskan 3 akaun Najib
Iklan
PERBICARAAN SRC International Najib Razak memasuki hari ke lapan hari ini dengan pegawai penyiasat kanan Bank Negara Ahmad Farhan Sharifuddin dijangka akan kembali memberi keterangan.
Beliau akan diperiksa balas buat kali ketiga oleh peguam pembelaan berhubung dokumen yang diperoleh daripada serbuan di Ambank pada 6 Julai, 2015.
Ahmad Farhan yang mengetuai satu daripada tiga pasukan serbuan, memperoleh salinan komunikasi emel antara tiga pengurus perhubungan AmBank -
Joanna Yu, Daniel Lee dan Krystle Yap - serta 10 individu, termasuk dalang utama skandal 1Malaysia Development Berhad dan ahli perniagaan dalam pelarian Low Taek Jho.
Mereka termasuk: bekas CEO dan pengarah SRC International Nik Faisal Nik Ariff Kamil, bekas pengarah jerome Lee Tak Loong, bekas pengarah eksekutif kewangan 1MDB Terence Geh Choh Heng, bekas peguam kanan 1MDB Jasmine Loo Ai Swan, bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas CEO dan presiden 1MDB Mohammed Azhar Osman Khairuddin, bekas CEO 1MDB Ismee Ismail, bekas pengarah SRC International Suboh Md Yasin dan See Yok Peng.
Pihak pembelaan juga mendapatkan bukti lain, termasuk peranti Blackberry milik pengurus Yu.
Yu merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap akaun 1MDB dan SRC International. Pembelaan sedang cuba membuktikan Najib mungkin tidak mengetahui transaksi bank yang dibuat oleh penama.
Semalam, lima orang saksi memberi keterangan, termasuk dua pemimpin Barisan Nasional - Setiausaha Perhubungan Umno Pulau Pinang Ahmad Sahar Shuib dan bekas naib presiden Upko Marius Marcus - yang memberitahu mahkamah parti komponen mereka masing-masing menerima RM1 juta untuk membiaya program kebajikan dan aktiviti parti.
Tiga yang lain turut memeberi keterangan. Mereka adalah pengarah Centre for Strategic Engagement Sdn Bhd (Cense) Rita Sim, bekas setiausaha politik Najib Wong Nai Chee dan ahli politik Umno Johor Onn Hafiz Ghazi.
Mereka memberi keterangan hamir RM800,000 dikeluarkan dari akaun bank Najib dalam bentuk cek untuk membiayai usaha menganalisis berita dan isu masyarakat Cina serta mengendalikan kumpulan Facebook Ah Jib Gor, iaitu penerbitan mingguan untuk masyarakat Cina dan portal berita, Malaysian Digest.
Najib berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa berhubung dana berjumlah RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International.
Beliau berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Perbicaraan itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
The Malaysian Insight membawakan siaran langsung prosiding hari ini:
5.40pm: Mahkamah ditangguhkan dan akan bersambung esok jam 9 pagi. Hakim Nazlan mengingatkan semua orang supaya tepati masa.
5.30pm: Cek dikeluarkan daripada akaun Najib bernombor 2112022011906 adalah seperti berikut:
RM240,000 untuk Vital Spire;
RM2.5 million untuk Zulkarnain & Co;
RM300,000 untuk Centre for Strategic Engagement;
RM238,914 untuk Lim Soon Peng;
RM100,000 untuk ABS Trendmasters;
RM1 million untuk United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO);
RM400,000 untuk Pemegang Amanah Rumah Penyayang;
RM1 million untuk Solar Science Sdn Bhd;
RM50,000 untuk Asmadi Abu Talib daripada Umno Kedah;
RM13,800 untuk balu bekas pekerjanya, Manisah Othman;
RM56,500 untuk MOZ Sdn Bhd;
RM1 million untuk Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang;
RM77,300 untuk Syadillah Enterprise;
RM300,000 untuk Umno Johor Bharu.
Uma Devi mengesahkan semua wang itu dipindahkan daripada akaun berakhir dengan 906.
5pm: Shafee meminta prosiding ditangguhkan kerana menurutnya saksi juga perlu berada di mahkamah esok. “Biarlah kita berehat, ada orang kena tengok matahari juga.”
Tommy Thomas membantah dan berkata pendengaran kes perlu diteruskan, jika saksi boleh meneruskan.
“Saya hendak pergi bersenam,” kata Shafee. “Kalau Tommy Thomas tak mahu (bersenam), terpulang kepadanya.”
Hakim Nazlan bertanyakan saksi, Uma Devi sama ada beliau boleh terus beri keterangan dan beliau menjawab boleh.
Nazlan mengarahkan prosiding diteruskan setengah jam lagi dan meminta saksi terus beri keterangan.
4pm: Mahkamah berehat 10 minit.
3.40pm: Pengurus cawangan AmBank Raja Chulan menerima surat daripada Najib untuk memberi kuasa kepada Nik Faisal menguruskan tiga akaun miliknya.
3.30pm: Uma Devi mengesahkan Najib mempunyai lima akaun di AmBank dan menjadikan Nik Faisal sebagai orang yang diberi kuasa terhadap semua akaun terbabit.
Nik Faisal diberi kuasa untuk mengendalikan buku cek dalam surat kepada pengurus cawangan AmBank.
3.24pm: SRC International memindahkan RM50 juta kepada Gandingan Mentari dari 24 Disember, 2014 hingga 6 Februari, 2015. Semua arahan ditandatangani oleh Nik Faisal dan Suboh Md Yasin.
Uma Devi mengesahkan transaksi berikut:
- RM40 juta pada 24 Disember, 2014
- RM5 juta pada 5 Februari, 2015
- RM5 juta pada 6 Februari, 2015
3.05pm: Uma mengesahkan transaksi diluluskan penandatangan akaun AmBank milik Gandingan Mentari dan SRC International.
2.40pm: Uma Devi kembali ke kandang saksi. Katanya, terdapat beberapa kesalahaan ejaan dalam kenyataan diberikan sebelum mula menyambung membaca kenyataan itu.
2.36pm: Perbicaraan bersambung. Sithambaram membuat usul kepada Nazlan supaya membenarkan saksi bercakap dalam mana-mana bahasa yang mereka selesa.
1pm: Mahkamah rehat dan akan bersambung pukul 2.30 petang.
12.45pm: Penandatangan terbabit adalah Ismee Ismail, Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Nik Faisal Ariff Kamil dan Suboh Md Yasin.
Di bawah resolusi syarikat, penandatangan dibahagi kepada dua kumpulan – dengan tiga yang pertama di bawah satu kumpulan dan dua pada kumpulan yang lain.
12.36pm: Uma senaraikan bila akaun SRC dibuka dan borang yang digunakan untuk membuka akaun berkenaan.
12.26pm: Uma berkata, SRC International mempunyai dua akaun di AmBank. SRC International turut menamakan lima penandatangan bagi akaun terbabit.
12.22pm: Pengurus cawangan AmBank Jalan Raja Chulan, Uma Devi Ragavan, 39, memberi keterangan.
12.20pm: Rosaiah diturunkan.
12.15pm: Perbicaraan diteruskan dengan saksi Rosaiah mengesahkan transaksi menerusi akaun Affin Bank.
11.56am: Mahkamah berehat 10 minit.
11.51am: Harvinderjit menjelaskan aliran wang dari Gandingan Mentari kepada Ihsan Perdana kepada hakim Nazlan.
11.40am: Harvinderjit memohon perbezaan, mengatakan jika pihak yang melakukan pemindahan ini dan penandatangan Gandingan Mentari dan SRC adalah sama.
“Anak guam saya dimanipulasi oleh sesetengah pihak dan mereka telah memperolehnya dengan hebat.”
11.36am : Harvinderjit berkata adalah wajar dan perlu untuk mengetahui ke mana perginya lebih RM60 juta kerana ia tidak masuk ke akaun Najib.
Nazlan: Tetapi ia tiada kaitan dengan pertuduhan itu.
Harvinderjit: Sebahagian besar jumlah berakhir di tempat lain dan penerima yang tidak diketahui. Ia menunjukkan sebahagian daripada transaksi yang sama.
Sithambaram: Kes ini berdasarkan kepada tujuh pertuduhan. Pendakwaan spesifik. Mahkamah ini bukan untuk melakukan siasatan tentang bagaimana wang lain dibelanjakan atau ke mana ia pergi.
11.28am : Harvinderjit memberitahu mahkamah selepas soal balas, ketiga-tiga transaksi daripada Gandingan Mentari hanya menunjukkan RM40 juta sedangkan jumlah sebenarnya ialah RM103 juta.
Sebahagian besar wang itu dipindahkan oleh Ihsan Perdana melalui cek, katanya.
11.08am : Harvinderjit mengesahkan pembayaran, memberitahu mahkamah beliau mungkin meminta maklumat lanjut daripada Rosaiah.
11.00am : Peguam pembela Harvinderjit Singh menyoal Rosaiah.
10.37am : Mahkamah berhenti selama 10 minit.
10.35am : Rosaiah mengesahkan jumlah berikut daripada Gandingan Mentari AmIslamic yang didepositkan ke nombor akaun Ihsan Perdana Affin Bank 10618000108, berdasarkan pengesahan kredit tunggal yang diperolehi daripada RENTAS
1. RM42 juta pada 24 Disember 2014
2. RM5 juta pada 5 Februari 2015
3. RM5 juta 6 Februari 2015
10.28am : Satu lagi cek bernilai RM5 juta daripada Gandingan Menteri kepada Ihsan Perdana pada 6 Februari juga ditunaikan.
10.19am : Rosaiah mengesahkan Ihsan Perdana Sdn Bhd, yang mempunyai akaun di Affin Bank, menerima RM40 juta pada 24 Disember 2014 daripada akaun bank AmIslamic.
Akaun bank AmIslamic berada di bawah nama Gandingan Mentari.
Pemeriksaan dan kelulusan cek dilakukan pada hari ia diterima.
Beliau memberitahu mahkamah yang Ihsan Perdana menerima RM5 juta daripada Gandingan Mentari pada 5 Februari 2015.
10.12am : Saksi seterusnya dipanggil. Rosaiah Rosli, pegawai pemprosesan di Affin Bank akan membaca kenyataan bertulis.
Beliau menerangkan peranan tugasnya pada masa ini berkaitan dengan RENTAS atau sistem pemindahan dana secara elektronik dan sistem sekuriti.
10.10am : Edward diizinkan berundur selepas lima minit disoal.
10.06am : Edward diminta mengesahkan cek RM2.5 juta yang Ashraf sebelum ini mengaku masukkan.
10.04am : Sebagai ketua jabatan, Edward mempunyai kuasa mendapatkan maklumat dokumen dan cek tertentu yang melalui bank.
Beliau diminta mengesahkan cek bank Am Islamic yang didepositkan ke dalam akaun CIMB.
10.01am : Saksi seterusnya ialah Edward Innasi, 58, yang bekerja di CIMB sebagai timbalan pengurus di jabatan operasi pemeriksaan cek.
10.00am : Bayaran peguam yang diambil Ashraf dipersetujui oleh Habibul dan memaklumkan beliau mahu menolak bayaran daripada cek itu. Beliau dibenarkan berbuat demikian.
Saksi dibenarkan berundur setelah selesai disoal.
9.55am : Pada masa yang sama, Habibul membawa Ashraf bertemu seorang tokoh korporat yang ingin membekalkan barangan ketenteraan.
Shafee: Mungkin anda terlupa yang Habibul memberitahu anda ... mungkin beliau memberitahu anda apa-apa lagi tentang cek itu?
Ashraf: Tidak, saya jelas yang beliau memberitahu saya cek ini adalah untuk kontrak pertahanan.
Shafee: Adakah anda mengesyaki apa-apa mengenai cek itu?
Ashraf: Tidak, saya tidak kerana kedudukannya.
9.52am: Ashraf berkata beliau sedar Habibul memegang banyak jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan dan beliau seorang penganalisis politik.
Shafee: Adakah kemungkinan, apabila anda menerima cek itu, adakah diberitahu bayaran untuk apa?
Ashraf: Beliau berkata ini adalah untuk kontrak pertahanan yang beliau terima. Beliau tidak menjelaskan lanjut.
9.44am : Muhammad Shafee Abdullah memulakan soal balas terhadap Ashraf.
9.43am : Seperti yang diarahkan, Ashraf membuat semua bayaran yang diminta dilakukan semasa menolak yurannya daripada jumlah (RM2.5 juta) cek itu.
9.39am : Habibul mengarahkan Ashraf membayar bekas isteri dan anak-anaknya dengan wang itu. Beliau juga mengarahkan Ashraf menulis cek lain kepada beberapa pihak berlainan dan juga cek tunai.
9.37am : Ashraf mendepositkan cek keesokan harinya di akaun semasa CIMB kerana Azizul mahu semuanya berjalan lancar.
Beliau berkata beliau menunggu arahan daripada Azizul untuk membuat pembayaran daripada cek itu.
9.33am : Ashraf memberitahu mahkamah seorang rakan bernama Encik Habibul Rahman (Khadir Shah) memaklumkan kepadanya firma itu akan menerima bayaran cek dan meminta beliau menerima bayaran itu sebagai kontrak pertahanan yang akan beliau kendalikan.
“Saya bekerja dengannya di Fuel Subs House Sdn Bhd untuk menguruskan subsidi petrol.”
Ashraf berkata beliau pergi ke rumah Habibul untuk mengambil cek itu.
9.25am : Hakim memasuki mahkamah dan Najib mengambil tempatnya di kandang tertuduh.
Peguam Ashraf Abdul Razak, 48, yang menjalankan firma sendiri mengambil tempat untuk memberi keterangan. Ashraf dahulunya daripada Zulkarnain dan Co, penerima cek RM2.5 juta pada 2015.
9.24am : Mahkamah belum bermula walaupun peguam daripada pihak pembelaan dan pendakwaan sudah siap dan menunggu.
Peguam Negara Tommy Thomas tidak hadir hari ini.
Pihak pendakwaan hari ini diketuai oleh Manoj Kurup dan V. Sithambaram.
8.55am : Najib memasuki bilik mahkamah dalam sut berwarna coklat gelap dan duduk di barisan depan galeri awam. – 24 April, 2019