Syed Saddiq harap dapat bendung kekecewaan belia
Iklan
MEMBENDUNG kekecewaan belia Malaysia yang semakin tidak sabar dengan kegagalan Pakatan Harapan (PH) menyelesaikan masalah mereka menjadi keutamaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini dan berterusan pada masa depan.
Menteri belia dan sukan itu berkata belia Malaysia kurang berminat dengan politik, dan lebih minat untuk tahu bahawa kerajaan perlu memenuhi keperluan mereka dalam bidang pekerjaan dan kos sara hidup.
“Jelas mereka mahu kualiti hidup dipertingkatkan. Penolakan sokongan mereka itu sesuatu yang kita sedar,” kata Syed Saddiq dalam satu temu bual baru-baru ini sempena ulang tahun pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata Putraya memandang serius kaji selidik baru-baru ini yang menunjukkan penurunan sokongan generasi muda terhadap kerajaan.
Katanya, kementeriannya memegang tanggungjawab utama dalam menangani dan membetulkan masalah dihadapi golongan belia.
“Ini bermakna kita perlu cita 100,000 pekerjaan baharu setiap tahun,” katanya.
Bagaimanapun, Syed Saddiq berkata banyak yang perlu dilakukan untuk melaksanakan perkara itu, dan usaha itu tidak seharusnya terbebas pada kerajaan saja.
“Kita perlukan pembabitan pelbagai pihak, jadi isu seperti gaji statik boleh diselesaikan,” katanya, menggesa sektor korporat turut bekerjasama.
Syed Saddiq turut memberi bayangan “pengumuman besar” akan dibuat pada Julai oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi pembeli rumah pertama yang akan membantu dalam isu perumahan untuk belia.
“Ini keutamaan kami paling penting untuk menyediakan perumahan mampu milik kepada belia,” katanya, menambah kementeriannya bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
“Kita perlu tunggu. Tetapi perumahan mampu milik untuk belia sangat penting, dan kami harap ia dapat dilaksanakan.” – 25 April, 2019.
Berita penuh di sini.