Iklan

Najib tahu mengenai transaksi akaun, kata pengurus AmBank

Bede HongYvonne Lim6 years ago25th Apr 2019Berita
Najib razak corruption src trial  high court day 9 01 (1)
Najib Razak sedar beliau bertanggungjawab ke atas transaksi dalam akaun banknya dan jenayah yang dilakukan menerusi akaun tersebut, Pengurus AmBank R. Uma Devi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 25 April, 2019.
Iklan

BEKAS perdana menteri Najib Razak sedar beliau bertanggungjawab ke atas transaksi dalam akaun banknya dan jenayah yang dilakukan menerusi akaun tersebut,Pengurus AmBank R. Uma Devi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya V. Sithambaram, Uma berkata ia terkandung dalam terma dan syarat bagi lima akaun yang dibuka oleh Najib.

Saksi itu juga berkata Najib tahu mengenai percanggahan akaun peribadinya dengan AmBank kerana bank akan memaklumkannya.

Bekas pengarah dan ketua pegawai eksekutif (CEO) SRC International Nik Faisal Ariff Kamil telah dipertanggunjawabkan oleh Najib untuk mengeluarkan arahan kredit pemindahan wang berkaitan akaun itu, katanya.

Najib mempunyai mempunyai lima akaun peribadi di AmBank - empat akaun semasa dan satu akaun simpanan. Dua akaun dibuka pada 2011 dan ditutup pada Ogos 2013. Tiga akaun baharu dibuka pada Julai 2013 dan ditutup pada Mac 2015.

Uma berkata AmBank tidak menerima sebarang aduan dari Najib mengenai bagaimana tiga akaun baharu itu diuruskan. – 25 April, 2019.

Berita penuh di sini.      

Iklan
Iklan