Iklan

Kalau BN lulus projek Sandakan kenapa tak laksanakan, soal Guan Eng

Jason Santos6 years ago25th Apr 2019Berita
Sandakan10
Jika benar projek diluluskan oleh kerajaan BN sebelum ini, mengapa ia tidak dilaksanakan, soal Menteri Kewangan Lim Guan Eng. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 25 April, 2019.
Iklan

LIM Guan Eng menyelar Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua daripada 49 projek untuk Sandakan yang diumumkan baru-baru ini diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bekas menteri itu sudah kehabisan idea untuk menyerang kerajaan, katanya.

Selasa lalu Lim mengumumkan sebanyak RM2.28 bilion diperuntukkan bagi 49 projek pembangunan di Sandakan untuk merangsang ekonomi tempatan.

“Hanya dua daripada 49? Itu saja menunjukkan (Khairy) kehabisan idea. Kerajaan lama hanya tahu bercakap tapi tak tahu nak buat.

Menteri kewangan itu mempersoalkan mengapa projek berkenaan tidak dilaksanakan jika benar BN meluluskannya sebelum ini.

Lim turut berkata tidak seperti kerajaan BN, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak melengah atau menangguhkan perlaksanaan projek diberi kelulusan.

“Hanya dua daripada 49? Itu saja menunjukkan (Khairy) kehabisan idea. Kerajaan lama hanya tahu bercakap tapi tak tahu nak buat.

“Apa yang mereka tahu cuma luluskan projek supaya boleh rompak duit rakyat Malaysia,” beliau memberitahu pemberita selepas mengumumkan calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, hari ini.

PH meletakkan calon dari DAP, Vivian Wong, iaitu anak kepada bekas ahli Parlimen Sandakan, mendiang Stephen Wong Thien Fatt.

PRK Sandakan akan diadakan pada 11 Mei susukan kerusi Parlimen itu kosong berikutan kematian Wong akibat sakit jantung pada 28 Mac lalu.

Khairy yang juga menteri kewangan dalam Kabinet Bayangan BN, semalam berkata dua daripada 49 projek yang diluluskan untuk Sandakan seperti diumumkan Lim sebenarnya diluluskan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata kerajaan PH hanya meneruskan rancangan BN.

“Sekalipun hendak mencari laba politik menjelang PRK Sandakan, janganlah menutup kebenaran sebenar seolah-olah projek yang dilaksanakan ini adalah projek baru di bawah Pakatan Harapan,” katanya di Facebook pada Selasa. – 25 April, 2019.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan